Fuh Awang Adek Tunjuk Baik!
BACHOK 4 Okt — Kerajaan Kelantan pimpinan PAS perlu jujur dalam membantu mangsa ribut yang berlaku minggu lepas di enam jajahan tanpa mengira fahaman politik, kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Katanya kerajaan pusat akan membantu kesemua mangsa tanpa mengira fahaman politik sama ada dari PAS atau UMNO asalkan rumah mereka benar-benar mengalami kerosakan dalam kejadian itu.
“Kita difahamkan kerajaan negeri juga menerusi penghulu yang dilantik sedang membuat bancian untuk membantu mereka terbabit,” katanya kepada pemberita pada majlis mesra Aidilfitri bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, hari ini.
Pengurus Besar TNB Kelantan Zulkiffli Abdul Rahman dan lebih 200 penduduk termasuk Orang Kurang Upaya (OKU), anak yatim dan kakitangan TNB yang bersara menyertai majlis berkenaan.
Dalam kejadian ribut itu, hampir 1,000 rumah penduduk yang tinggal di Tumpat, Kota Baharu, Pasir Mas, Pengkalan Chepa, Bachok dan Pasir Puteh mengalami kerosakan. - Bernama

No comments
Post a Comment