Isa Kata Masa Dia Tadbir NS Lebih Baik Dari Tok Guru Tadbir Negeri Kelantan
TELOK KEMANG, 4 Okt. | Belum pun menang sebagai Adun Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mula menyimpan impian untuk kembali ke kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.
Isa mendakwa beliau sewaktu menjadi Menteri Besar jauh lebih baik berbanding kepemimpinan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Respon balas itu ekoran nasihat Mursyidul Am PAS Nik Aziz, bahawa pencalonan Isa membuktikan Umno sebenarnya berpura-pura menentang rasuah.
Akhbar elektronik The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Isa mempersoal – adakah pentadbiran Kelantan jauh lebih baik berbanding pentadbirannya (ketika menjadi Menteri Besar) di Negeri Sembilan.
“Kita (kerajaan negeri era Isa) telah memberi prasarana pembangunan terbaik di negeri sembilan,” tegasnya lagi.
Penegasan Isa itu sekali gus seolah-olah mengetepikan kepimpinan kerajaan negeri yang sedia ada; di bawah kepemimpinan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS mendakwa penyokong-penyokong Isa sudah mula berkempen secara senyap bahawa Isa akan menjadi Menteri Besar, jika akar umbi Umno tempatan sedia memenangkan calon calon taruhan Umno itu.
Ahad ini, Isa mesti mengalahkan calon Pakatan Zulkefly Mohamad Omar, sebelum kembali semula ke arus perdana Umno dan kerajaan Negeri kelak.
Jun 2005 lalu, Isa digantung keahlian selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri, setalah beliau sah mengamalkan rasuah dalam Pemilihan Agong Umno (PAU) 2005.
Pergantungan itu mendesak Isa melepaskan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Pergantungan itu juga menjadikan Mohamad Hassan tidak lagi mempunyai pencabar di peringkat Umno negeri, setelah menduduki kerusi Menteri besar.
Niat baik Isa untuk kembali menjadi Menteri Besar sudah dijangka menggamit perhatian serta pergelutan kuasa dalam Umno, terutama sepanjang kempen pilihanraya kali ini. -END
sumber...

No comments
Post a Comment