Isa Pilihan UMNO Teluk Kemang? Siapa Pulak Ketua UMNO Teluk Kemang?
Tepok Dada Tanya Selera adalah perpatah lama yang memberi maksud membuat sesuatu pekerjaan mengikut kehendak diri tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun.
UMNO tidak boleh mendabik dada mengatakan yang Isa Samad dicalunkan atas kehendak pengundi sedangkan kita semua maklum ianya dari awal lagi telah diputuskan oleh Jawatankuasa Bahagian Telok Kemang dimana Isa Samad adalah ketuanya. Lanjutan daripada itu hanya satu nama dihantar kePusat. Supaya ianya tidak dilihat sebagai “rubber stamp” maka pihak Bahagian didesak supaya mengemukakan sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) nama. Akhirnya melalui media massa diberitakan yang UMNO Pusat sudah menerima senarai baru yang mengandungi lebih dari satu nama. Berdasarkan kronologi Bahagian-Perhubungan-Pusat tersebut dimanakah logiknya pencalunan Isa Samad dikatakan atas kehendak pengundi.
Sememangnya saya tidak bersetuju dengan Dr. M dalam banyak hal tetapi pendirian beliau dalam perkara pemilihan calun UMNO diBagan Pinang ini sangat-sangat saya hurmati. Matlamat sebenar adalah mahu menjaga kebajikan rakyat semata. Jika tugas sekecil mengendalikan DUN pun misti dari kalangan pemimpin yang memiliki pengalaman yang luas seperti pernah menjadi Ketua Kerajaan selama 22 tahun maka bagi pemimpin yang ada pengalaman “kerja-kerja kampong” sahaja sampai bilapun tidak akan layak dicalunkan.
Mengimbas kembali suasana diPilihanraya Kecil Ijok satu ketika dulu yang mana Kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut dimenangi oleh Calun Barisan Nasional dari Parti MIC. Didalam salah satu kempen, Pemimpin BN membayangkan betapa susahnya masyarakat diIjok hendak berurusan dan macam mana nak “address” kepada seseorang yang bergelar Tan Sri yang juga memiliki berbagai Gelaran lagi. Para pengundi diIjok pada Pilihanraya Kecil tersebut terus bersetuju dengan saranan tersebut dan mereka menolak Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR.
Kini diBagan Pinang seorang lagi Tan Sri masuk bertanding. Oleh sebab Tan Sri ini datangnya dari UMNO maka sudah pasti tidak timbul langsung masaalah jurang berkomunikasi atau dalam bahasa orang sekarang “communication gap”.
Diberitakan juga akan ada sekurang-kurangnya seorang Calun Bebas mahu memeriahkan “Pesta Pantai” kali ini. Bagi Calun Bebas ini jika beliau mampu meraih 1000 undi dari Pengundi Pos beliau bolehlah dianggap “Sudah Menang”
Didalam apapun keadaannya hanya para pengundi yang berdaftar diBagan Pinang sahaja yang berhak menentukan apa yang mereka kehendaki. Berapa banyakpun hidangan yang disediakan ia masih lagi bergantung kepada “Selera” mereka. Mereka juga mungkin mahu menutup kalendar 2009 ini dengan satu kejutan. Siapa tahu?
http://ahmadzawawi.wordpress.com/

No comments
Post a Comment