Isu Mufti Perlis! Khabar Angin Yang Dibawa!
SATU - Saya tiada hubungan istimewa dengan Mufti Perlis, namun saya tetap mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kerana beliau terpilih sebagai ‘Sarjana Tamu’ di salah sebuah universiti tersohor, Universiti Oxford bermula Oktober ini.
Walau pun saya pernah bertemunya sekitar beberapa jam sahaja bersama beberapa pemimpin PAS yang lain di pejabatnya beberapa bulan yang lalu, saya dapat simpulkan bahawa beliau seorang yang matang, berilmu, berfikiran luas dan senang diajak berbicara. Saya sangat senang dengan wataknya itu.
Media melaporkan beliau satu-satunya mufti yang pernah terpilih untuk menduduki kerusi itu. Wajar benar peluang itu tidak dilepaskan. Tambahan pula kajian beliau menumpu kepada hubungan Muslim dan non-Muslim.
Bagi saya kajian yang bakal disempurnakannya berkaitan hubungan Muslim non-Muslim dalam konteks dunia moden hari ini adalah sangat tepat. Tepat dengan realiti dan keperluan termasuk untuk negara kita sendiri.
Hubungan Muslim non-Muslim dalam konteks dunia moden hari ini agak berlainan dengan sejarah hubungan Muslim non-Muslim pada zaman nabi dan sahabat. Pada zaman itu mudah sahaja mereka diklasifikasikan sebagai Kafir Harbi, Kafir Zimmi, Kafir Mu’ahad atau Kafir Musta’min.
Hubungan kedua-dua kelompok itu pada zaman itu diikat oleh kekuasaan Islam sepenuhnya. Umar misalnya pernah memperkenalkan suatu peraturan pakaian untuk membezakan antara orang Yahudi dengan orang Islam. Tiada bantahan kerana Islam memang berkuasa mutlak.
Kini, kekuasaan mutlak untuk orang Islam sebegitu sukar wujud. Di negara kita misalnya, hubungan berjalan atas konsep ‘perkongsian kuasa’. Justeru, bagaimana orang Islam sepatutnya berinteraksi dengan orang bukan Islam dalam konteks ini? Dan bagaimana pula orang bukan Islam dapat menerima Islam dalam realiti tersebut?
Lebih jauh bagaimana Islam secara keseluruhan dapat dilaksanakan dalam realiti politik semasa dalam keadaan orang Islam ditaklifkan untuk mendaulatkan Islam?
Di Malaysia misalnya, apa kedudukan non-Muslim dalam konteks semasa. Mereka Harbi atau Zimmi? Bolehkah mereka dikenakan Jizyah (cukai individu) seperti yang dikenakan di zaman nabi dan sahabat?
Sebenarnya semua persoalan itu telah diteladankan oleh Rasulullah sepanjang hayat baginda. Namun semua itu tersimpan dalam kitab-kitab dan dada-dada para ilmuan Islam yang wajar dicungkil keluar untuk merungkai permasalahan umat masa kini.
Moga-moga Dr Juanda berjaya melakukannya demi umat dan kesejahteraan sejagat. Selamat berangkat buat Dr Juanda.
DUA - Saya cuba sedaya boleh untuk tidak bersangka buruk berhubung ‘percutian panjang’ Mufti Perlis ini. Namun, angin yang membawa khabar membisikkan bahawa ada ‘sesuatu’ yang mendorong Dr Juanda bercuti panjang.
Saya tidak berani untuk berspekulasi lebih jauh. Tetapi saya bersedia untuk menunggu sepuluh bulan lagi apabila Dr Juanda menyelesaikan kajiannya dan pulang ke tanah air.
Apa yang saya tunggu? Dr Juanda akan balik untuk terus memanaskan kerusi Mufti Perlis atau dia juga akan mengikuti jejak langkah Dr Asri Zainul Abidin.
Saya boleh mengagaknya tetapi saya tidak bersedia untuk mencatatkannya di sini. Saya harap agakan saya itu meleset.
Selamat kembali Dr Juanda.
http://bongkarsauh.blogspot.com/

No comments
Post a Comment