Jangan Main Kotor?
Surat palsu taktik kotor pembangkang: Muhyiddin
SELAMA: Tan Muhyiddin Yassin mendedahkan taktik kotor pembangkang menyebarkan surat palsu kononnya Umno menghadapi konflik ketika pemilihan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak terbabit cuba mengelirukan pengundi bagi menunjukkan seolah-olah berlaku perbalahan dalam Majlis Tertinggi Umno berhubung pencalonan Mohd Isa.
"Kebimbangan saya mengenai taktik kotor (sudah dibuktikan)... ada pihak mengeluarkan surat palsu.
"Mereka nak buat seolah-olah ada percanggahan dan ada konflik sesama kita. Sebenarnya (isu calon) langsung tidak timbul. Soal calon langsung tidak dibangkitkan (dalam MT)... ini sudah diputuskan... sudah jelas," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Larut, di sini semalam.
Timbalan Presiden Umno itu berkata, berdasarkan laporan serta beberapa kenyataan sebelum ini, pembangkang yang terdesak menggunakan pelbagai taktik kotor kerana tertekan berikutan calon BN lebih popular.
Surat palsu menggunakan kepala surat Umno dialamatkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dan ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu kononnya memaklumkan calon yang dicadangkan Umno Negeri Sembilan ditolak kerana presiden parti mahukan Mohd Isa menjadi calon.
Salinan surat itu turut mengandungi cop Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan palsu kononnya sebagai pengesahan penerimaan surat bertarikh 27 September lalu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin mengingatkan jentera kempen dan ahli Umno serta parti komponen lebih bersedia dan tidak ambil mudah dengan taktik pembangkang.
Katanya, pengundi perlu diberi maklumat tepat agar tidak terpengaruh dengan taktik seumpama itu dan tindakan pembangkang tidak akan memberi kesan besar sehingga menjejaskan peluang BN mempertahankan kerusi berkenaan.
"Pembangkang akan ambil kesempatan mengeksploitasi apa saja isu. Pertukaran kerajaan di Perak pun akan dihebohkan ke DUN Bagan Pinang. Kita sudah bersedia memberi penjelasan... kita faham taktik yang mereka gunakan," katanya.
Di PORT DICKSON, Tengku Adnan berkata penyebaran surat palsu itu dikesan Pusat Gerakan Jentera Pilihan Raya BN Bagan Pinang, semalam.
Katanya, surat itu menyatakan kononnya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, hanya mahukan Mohd Isa dan tidak mahu nama lain sebagai calon BN.
"Ini dakyah pihak tertentu yang mahu melihat Umno berpecah. Semua orang tahu Umno bahagian Telok Kemang bersatu dalam pilihan raya ini. Mereka takut dengan keadaan ini dan cuba memecahbelahkan Umno bahagian dengan cara ini," katanya ketika dihubungi.

No comments
Post a Comment