JIKA BENAR BAGAI DIKATA
“PENGUNDI PERLU BIJAK PILIH WAKIL RAKYAT” kata P.M. Najib seperti yang dipetik Mingguan Malaysia. Beberapa Akhbar lain juga menyiarkan perkara yang sama. Datuk Seri Najib Tun Razak seterusnya mengingatkan pengundi yang Pilihanraya Kecil Bagan Pinang ini adalah semata-mata untuk mengisi kekosongan dan bukannya untuk membentuk Kerajaan. Dengan lain-lain perkataan para pengundi boleh memilih salah seorang yang menawarkan diri tersebut. Asalkan orang tersebut nantinya sanggup bersusah payah, menyelesaikan masaalah rakyat hingga keakar umbi dan sentiasa bersedia membimbing yang perlu dibimbing maka itulah pilihan yang tepat.
Dengan hanya Parti UMNO dan Parti PAS sahaja yang bertanding merebut Kerusi tersebut tugas para pengundi sebenarnya menjadi sangat mudah. Pengundi boleh terus memberikan kemenangan kepada UMNO jika percaya kepada janji-janji yang ditabur disamping berpuashati dengan segala kemajuan yang telah dikecapi. Atau boleh saja memilih Parti PAS supaya suara rakyat dapat didengar lebih lantang lagi diDewan Undangan Negeri.
Diantara janji-janji yang kita dengar sebaik sahaja Kerusi Bagan Pinang diistihar kosong ialah sebuah Sekolah Menengah akan dibina diBagan Pinang bagi meringankan derita pelajar-pelajar yang terpaksa melakukan perjalanan yang jauh dari tempat tinggal. Dalam pada itu pihak pembangkang sering sahaja diingatkan supaya jangan mempolitikkan Isu Pelajaran. Persoalannya mengapakah pengumuman sebegini perlu menunggu bila berlaku kekosongan kerusi?
Inilah perkara-perkara yang perlu dinilai oleh pengundi. Pilih calun dari Parti pemerintah (UMNO) jika kita benar-benar yakin kesejahteraan rakyat setempat akan dijaga sebaik-baiknya. Jika kita memerlukan satu pasukan “check and balance” yang lebih berkesan diDewan Undangan Negeri, pilihlah Parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. “You can count on them”: ujar beberapa Penganalisa.
http://ahmadzawawi.wordpress.com/

No comments
Post a Comment