KELANTAN TIDAK MAJU DENGAN MAKSIAT
KELANTAN TIDAK MAJU DENGAN MAKSIAT
“Kelantan tidak maju?” satu ungkapan dari Timbalan Perdana Menteri yang melambang kebodohan yang teramat sangat.
Ungkapan itu, bukan sekadar melambangkan kebodohan Muhyiddin Yasin, tetapi mahu membodohkan pengundi-pengundi di pendalaman, Orang kampung di Bagan Pinang.
Dalam 10 hingga 20 tahun yang lalu, mungkin ungkapan bangsat ini bernilai, tetapi setelah 19 tahun PAS memerintah di kelantan, ungkapan sebegini merupakan satu kebangsatan yang amat sangat, malahan amat tersasar dari reality di negeri kelantan.
Tidak dinafikan, Kelantan memang tidak mempunyai kelab-kelab malam, tempat himpunan para penggemar maksiat dan sebagainya. ia memberi satu bukti kukuh, bahawa kelantan tidak mempunyai kemajuan dari sudut kemaksiatan. Pun begitu, dari sudut ketaqwaan dan ketaatan kepada tuhan, kelantan mempunyai kemajuan yang lebih jauh berbanding negeri-negeri lain.
Jika kita melangkau pula ke negeri yang pernah diperintah oleh PAS, iaitu Terengganu. Kita dapat melihat kejayaan PAS memerintah di sana dengan berbagai-bagai kebajikan rakyat berjaya diberikan.
Seperti contoh, salah sebuah syarikat kerajaan Negeri (atau : GLC) yang diamanahkan kepada Ustaz Harun Taib untuk menjaganya, membuktikan kejayaan dengan pencapaian keuntungan yang amat tinggi, sehingga syarikat tersebut mempunyai kemampuan untuk membina lebuhraya, dikala Kerajaan Pusat sedang ‘tarik tali’ untuk membina lebuhraya pantai timur dahulu.
Pun begitu, tidak sempat syarikat tersebut hendak melaksanakan perancangan membina lebuhraya, Kerajaan Negeri terengganu telah jatuh ke tangan Barisan Nasional semula.
Waimma negeri-negeri pimpinan PAS ini mendapat tekanan ekonomi dari pihak kerajaan Pusat, ternyata dengan Islam, PAS berjaya memberikan model terbaik dalam pemerintahan. Semuanya bersebab, islam dijadikan sebagai sandaran pemerintahan.

lambang kemajuan negeri pimpinan UMNO/BN (genting)
Keadaan ini sama sekali tidak berlaku kepada UMNO/BN. Mereka memerintah memerlukan bantuan dari Kerajaan Pusat. Tanpa kerajaan pusat, agak mustahil sesebuah kerajaan Negeri pimpinan BN boleh berkembang dan hidup. Malahan, setakat yang diketahui umum, kerajaan Negeri dibawah pimpinan BN merupakan negeri yang tertinggi sedang berhutang dengan kerajaan Pusat, seperti Negeri Johor Darul UMNO; negeri kelahiran Muhyiddin Yasin. Mengapa ini terjadi? Jawabnya adalah, semuanya bersebab, mereka bukan menjadikan islam sebagai asas pemerintahan.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

No comments
Post a Comment