Masalah Celcom BerukBand? Apa Jawapan Celcom?

p/s: Maaf jika jika bahasa yang saya gunakan adalah kasar. Bahasa-bahasa seperti ini hanya untuk posting yang berlabel 'Ini Cerita Gua '. Harap maklum.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Masuk hari ni, rasanya dah dekat 2 minggu gua menggunakan perkhidmatan internet dari Celcom broadband (baca berukband). Selalunya gua guna TM Net di rumah yang sekarang ini gua tinggal. TM Net memberikan servis connection yang cekap. Penghantaran data yang stabil dan pantas. Tapi malangnya, kabel telefon dah kena curi. Pencuri nak cari duit raya agaknya. Mentang-mentanglah gua tinggal dalam kawasan ceruk ladang, TM Net pandang gua sebelah mata.TM Net bagitau gua, line akan pulih selewat-lewatnya esok. Harap-harap TM Net tak mainkan perasaan gua. Apa pun, TM Net adalah yang terbaik.

Masa cuti raya, gua guna Celcom broadband di kampung.Kampung gua ada 3G speed HSDPA. Gua tak mainlah D68. Gua daftar yang D98. Gua telah ditaklimatkan oleh seorang makwe di Celcom Center kluang bahawasanya pakej yang gua nak langgan tu adalah terbaik, dan beliau jugalah yang telah menyematkan dalam sanubari gua yang pakej tersebut sangat pantas dari segi speed connection. Gua jadi teruja. Gua set dalam kepala otak gua yang gua akan dapat connection yang pantas. Dah tak payah pasang turbo.

Sepanjang cuti raya gua di kampung, gua telah dibayangi dengan angan-angan yang gua rasa takkan kesampaian. Tiap-tiap hari, bila gua tengok Berita Terkini di TV3, gua rasa gua nak selit satu iklan khidmat masyarakat. Gua nak bagi tau kat dunia. Celcom Broadband sudah kencing gua. Gua juga nak selitkan kata-kata manis dari makwe di Celcom Center yang gua jumpa buat kali kedua. “Makin ramai yang guna Celcom Broadband, makin slow la speednya. Cuba online tengah malam & awal pagi. Time tu tak ramai yang online.”

Buat masa ni, gua masih menggunakan Celcom broadband D98 di rumah gua dangan kepantasan GPRS. Nak log in blog gua, memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Gua semakin teruja. Gua telah membuat satu amal jariah pada Celcom. Gua hanya berharap supaya syarikat Celcom terus maju dan menjadi kaya-raya.

p/s:
1.Di kawasan ladang tempat gua tinggal, tak ada 3G. Sekarang gua guna GPRS. Tahukah anda apa itu GPRS.

2. Sehingga draf entri ini siap di tulis menggunakan MS Word, gua tak boleh nak log in blog gua.

3. Cukup sebulan, gua nak jumpa makwe Celcom Center. Kata-kata makwe Celcom Center selalu bermain-main difikiran gua. Gua jadi rindu.

http://maribinablog.blogspot.com/2009/10/ini-cerita-gua-celcom-broadband-oh.html

1 comment

Emmer Hakimi said...

Celcom ni macam sial je...memang selayaknya berukband. Sama juga maxis berukband... kita pengguna kat malaysia memang kena tipu sijahanam kerajaan malaysia yang mengambil kesempatan atas kita dengan merompak secara halal duit kita untuk membayar perkhidmatan yang selayak beruk.

Powered by Blogger.