Melayu, India Dan Cina Akan Undi Pakatan!
Pengundi Bukan Melayu Penentu Di Bagan Pinang?
PORT DICKSON, 4 Okt (Bernama) -- Belumpun Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil negeri Bagan Pinang, sudah timbul cakap-cakap BN akan mengekalkan kerusi itu, kerana ia merupakan kubu kuatnya selama ini.
Kini, dengan Mohd Isa dilihat sebagai calon favorit rakyat Bagan Pinang, tidak syak lagi BN akan mengekalkan kerusi itu tanpa banyak masalah. Namun, gabungan memerintah tidak memandang ringan pilihan raya kecil ini.
Persoalannya sekarang ialah sebesar mana majoriti buat BN kali ini, dan siapa di kalangan pengundi akan menentukan seseorang calon itu menang besar atau sebaliknya.
Buat penganalisis politik Datuk Cheah See Kian, undi bukan Melayu adalah genting dalam pilihan raya kecil ini.
"Bagi saya, penentu ialah pengundi bukan Melayu, 20 peratus pengundi India dan 10 peratus undi Cina. Undi Melayu kemungkinan berpecah, tetapi saya lihat mungkin kelebihan 60 peratus buat Mohd Isa," katanya.
Mohd Isa, 60, anak tempatan yang pernah berkhidmat sebagai menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sejak 1982, ditentang oleh Pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar, dari Lenggeng.
Terdapat 13,664 pengundi berdaftar -- 9,060 pengundi biasa dan 4,604 pengundi pos -- majoriti pengundi Melayu yang mewakili 62.8 peratus, diikuti oleh India (20.7 peratus), Cina (11 peratus) dan lain-lain (5.5 peratus).
Cheah berkata Umno mempunyai kira-kira 2,300 anggota yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan itu dan BN dijangka meraih antara 5,000 dan 6,000 daripuda jumlah keseluruhan undi Melayu, berbanding kira-kira 4,000 pengundi Melayu untuk PAS.
Malahan, undi pos kira-kira 4,600 dikira pertaruhan selamat buat BN. Undi bukan Melayu adalah penting oleh kerana trend lepas di beberapa pilihan kecil lain menunjukkan mereka menyebelahi pakatan pembangkang.
"Mengikut perkiraan di atas kertas, bagi BN memenangi kerusi itu, mereka perlu mengekalkan 60 peratus sokongan Melayu dan pada masa sama, meraih sekurang-kurang 15 peratus undi Cina dan India, berserta sokongan majoriti dari undi pos," katanya.
Oleh itu, Cheah menjangkakan pakatan pembangkang akan berusaha keras mendapatkan undi bukan Melayu bagi mengubah haluan agar menentang BN, terutama memandangkan Mohd Isa mendapat sokongan popular dan dikenali sebagai "orang akar umbi".
"Setidak-tidaknya, saya fikir pakatan pembangkang akan berusaha keras mendapatkan sokongan 90 peratus dari bukan Melayu dengan menggunakan isu-isu nasional seperti kepala lembu, bagi mengubah aliran undi, setelah mengetahui bahawa kaedah lain tidak mungkin berkesan selepas mengetahui bahawa di kalangan penduduk bukan Melayu tempatan, Mohd Isa adalah seseorang yang cukup disenangi," kata beliau.
Bagaimanapun, buat seorang lagi penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian, tidak ada masalah untuk BN mengekalkan kawasan gabungan kaum ini sekalipun dengan hanya mendapat undi Melayu oleh kerana keputusan lepas menunjukkan BN memenangi kerusi itu tanpa banyak sokongan bukan Melayu.
"Dari kaca mata strategi politik, anda tidak boleh katakan secara terbuka oleh kerana anda memerlukan setiap satu undi. Bagaimanapun, fakta dari pilihan raya lepas menunjukkan BN menang dengan majoriti kira-kira 2,400, hasil sokongan kuat pengundi Melayu sementara kebanyakan undi India dan Cina pergi kepada PAS," katanya.
Dr Sivamurugan melihat senario yang berbeza sama sekali dalam pilihan raya kecil ini tidak seperti yang lalu oleh kerana BN, khususnya bahagian UMNO Teluk Kemang, memberikan sokongan padu dan bersatu kepada calon, Mohd Isa.
"Buat pertama kali, bahagian UMNO itu tidak berbalah tentang calon dan dipengaruhi politik puak," katanya.
Situasi ini baik buat BN, kata beliau.
Oleh itu, pembangkang terpaksa berusaha keras mendapatkan sebanyak mungkin sokongan bukan Melayu.
Kalangan dalam BN pula berpendapat lebih sukar bagi pembangkang mendapatkan sokongan bukan Melayu memandangkan sesetengah daripada mereka akan mengundi Isa kerana simpati dan tanda persahabatan.
"Jika ini berlaku, perubahan aliran antara 5 dan 10 peratus sokongan dari bukan Melayu kepada BN sudah cukup untuk membantu BN mengekalkan kerusi. Takkan Mohd Isa tidak langsung mempunyai sahabat Cina dan India di sana...
"Dalam pilihan raya lepas, calon bukan Mohd Isa tetapi kali ini, Mohd Isa bertanding. Beberapa orang penyokong Cina dan India, akan mengundi Mohd sebagai tanda penghargaan," kata orang dalam BN itu yang enggan dinyatakan identitinya.
Sementara itu, pengerusi DAP negeri Loke Siew Fook berkata dalam keputusan lepas, kira-kira 60 peratus dari undi bukan Melayu pergi kepada pembangkang, tetapi dalam pilihan raya kali ini, pembangkang mensasarkan kira-kira 70 peratus.
"Dari segi strategi politik, adalah munasabah untuk mendapatkan lebih banyak undi bukan Melayu oleh kerana berdasarkan keputusan dan trend lepas, undi Melayu berpecah.
"Malah, dalam kita berusaha ke arah mendapatkan sokongan semua kaum, kita masih perlu meraih sebanyak mungkin, undi bukan Melayu oleh kerana ini boleh mengubah haluan," kata beliau.
Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 Sept.
Mohd Isa ditentang oleh Zulkefly dalam pilihan raya kecil 11 Okt ini.
BERNAMA

No comments
Post a Comment