Murugiah digesa lepas jawatan Senator, Timbalan Menteri
KOTA BAHARU: Datuk T Murugiah diminta meletakkan jawatan sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum menyaman Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof, berkata sebagai Senator yang dipilih melalui kuota PPP, Murugiah tidak sepatutnya menyaman parti itu dan sebagai seorang Timbalan Menteri, beliau tidak sepatutnya menyaman ROS kerana ia agensi kerajaan.
"Sebagai seorang pemimpin, Murugiah harus menghormati kedudukannya di dalam kerajaan dan tidak sepatutnya berbuat demikian kerana ia bertentangan dengan semangat 1Malaysia," katanya.
Beliau mengulas laporan media bahawa Murugiah mahu menyaman PPP dan ROS yang membatalkan keputusan mesyuarat agung luar biasa yang melantiknya sebagai "Presiden" PPP.
"Kenapa nak saman, kenapa tidak letak jawatan yang diberikan mengikut kuota parti?," katanya. - Bernama

No comments
Post a Comment