Najib semakin pinggirkan Mahathir

OLEH IRWAN MUHAMMAD ZAIN

Pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) dan perlantikan Omar Mustafa Ong sebagai ahli lembaga pengarah Petronas membuktikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad semakin dipinggirkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.


Dua perkembangan terbaru itu membuktikan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kini tidak lagi sehaluan dengan mentornya, Tun Mahathir Muhamad - individu yang lantang mengkrtik Tun Abdullah hingga terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri lebih awal - yang dilihat banyak menganggu pentadbiran beliau (Najib).

Selain memilih Isa (Tan Sri) dan melantik Omar Ong, pentadbiran Najib juga pernah mengenepikan pandangan Mahathir ketika pilihanraya kecil Dun Penanti, dimana ketika itu bekas Presiden Umno itu berpendapat Umno-BN perlu bertanding tetapi Najib tetap dengan keputusan untuk tidak bertanding atas alasan tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Selain dari itu pentadbiran Najib juga memutuskan untuk memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) - dasar yang diperkenalkan oleh Mahathir - biarpun Mahathir menganggap dasar itu perlu dikekalkan.

Perkembangan terbaru ini membuktikan hubungan renggang antara Mahathir dan Najib semakin ketara dan ia khabarnya amat dinanti-nantikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggunakan peluang kerengganan hubungan antara Mahathir dan Najib untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin Umno yang masih menghargai Mahathir.

Bairpun beliau (Muhyiddin) mengetuai Kementerian Pelajaran - yang memutuskan untuk memansuhkan PPSMI pada 2012 - tetap setia kepada Mahathir dan mahu dilihat sebagai hero Melayu dengan menyerang penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim - musuh ketat Mahathir - setiap kali menjelang pilihanraya kecil.

Muhyiddin menggunakan peluang ini untuk menekan Najib yang lebih muda dari beliau supaya jawatan Perdana Menteri dapat diserahkan kepada beliau.

2 comments

DR 1221 said...

salam
saudara silap faham. setiap orang mempunyai persepsi masing2 tentang sesuatu, mungkin tiada persamaan dalam setiap tindakan, ibarat bermain catur, taktik dan teknik tersendiri dalam merealisasikan harapan. begitu juga PAS, sanggup bersekongkol dengan anwar aljuburi yg bergelumang dengan maksiat liwat, agen kepada yahudi, ini diakui sendiri oleh yusof qardawi yg menasihatkan hj hadi & nasharuddin md isa agar menjauhi anwar, berkawan dengan DAP, yg terang2 menolak islam, mempergunakan ayat tuhan, membantah penggiliran ketua menteri ppinang kepada melayu.

CUPING MERAH said...

BIASA LA MAHAGURU DAH TAK LAKU..KECUALI AL KATAKI YANG MASIH MENUNTUT..

Powered by Blogger.