Ong Tee Keat: Usaha Membebaskan MCA Gagal?
KUALA LUMPUR 11 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Jawatankuasa Pusat (CC) MCA perlu membuat keputusan berdasarkan kepada resolusi yang telah diputuskan oleh perwakilan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu semalam.
Perdana Menteri berkata, kepimpinan MCA perlu membuat keputusan segera bagi membaik pulih dan mengembalikan keyakinan ahli serta masyarakat terhadap parti tersebut.
‘‘Saya percaya dan yakin kepimpinan MCA telah mengambil iktibar daripada keputusan EGM semalam yang merupakan badan tertinggi dalam mana-mana struktur parti, setiap keputusan yang bakal dibuat CC MCA nanti perlu berlandaskan keputusan dalam EGM tersebut.
‘‘Keputusan EGM yang merupakan pembuat dasar tertinggi mesti menjadi asas kepada penyelesaian kepimpinan, saya percaya dan yakin pemimpin-pemimpin parti itu tahu apa yang perlu dibuat dalam meletakkan kembali kredibiliti di dalam MCA,” katanya. (Utusan Malaysia)
MCA mengadakan EGM untuk menyelesaikan krisis dalaman dua pemimpin utamanya, namun keputusan perwakilan membawa kepada krisis yang lebih besar. Masa depan politik Ong Tee Keat masih berbara. Sekiranya mahir meniup, api mampu menyala lagi. Sebaliknya, politik Chua Soi Lek dikatakan terpadam terus.
Ong Tee Keat mengambil cuti sehingga Rabu ini bagi merhatkan minda setelah dikejutkan dengan ungi tidak percaya. Namun, undi tidak percaya itu tidak mencukupi untuk menyingkirkan Ong. Mengikut Perlembagaan MCA untuk menyingkirkan Presiden, mesti mendapat sokongan 2/3 perwakilan. Oleh itu, Ong menyerahkan kedudukan beliau kepada Jawatankuasa Pusat (CC).
PM mengingatkan Jawatankuasa Pusat (CC) MCA agar membuat keputusan berdasarkan resolusi yang diputuskan oleh perwakilan dalam EGM bagi memulihkan parti tersebut.
Secara tersiratnya, PM mahu Ong Tee Keat diundurkan untuk memberi laluan kepada muka baru.
Ini saranan yang diduga oleh mereka yang peka akan hubungan Ong dengan parti komponen lain. Sejak memegang tampuk kuasa MCA hampir setahun lalu, Ong dilihat tidak mahu tunduk kepada kehendak parti lain. Beliau berusaha membawa MCA keluar daripada “penjajahan” parti komponen yang lebih berkuasa. Ini menyebabkan pemimpin tertinggi BN berasa tidak senang dengan Ong. Tindakan Ong dilihat melanggar tradisi di mana MCa sentiasa menunduk apabila melibatkan pertindihan tuntutan berkaitan kepentingan kaum.
Perasaan tidak senang terhadap Ong ini memuncak apabila Ong mendedahkan isu PKFZ. Pendedahan ini memberi tamparan hebat kepada BN. Ini bukan cerita P. Ramlee – satu untuk aku, satu untuk engkau, tetapi sejuta untuk engkau, sepuluh juta untuk aku.
Ong umpama tulang yang melintang kerongkong BN. Apabila Ong disingkirkan daripada MCA, bermakna seketul tulang yang melintang kerongkong telah berjaya dikeluarkan.
Ong berundur, siapa pula yang bakal menggantikannya? MCA sebenarnya sedang menghadapi masalah ketandusan pemimpin berkualiti, berani dan tegas memperjuangkan kepentingan kaum sebagaimana yang dicita-citakan oleh masyarakat Cina.
Liow Tiong Lai disebut-sebut bakal menerajui MCA. Sebelum ini desas-desus mengatakan Liow Tiong Lai salah seorang yang menyokong “pihak ketiga” yang mendesak perwakilan menolak Ong dan Chua. Mampukah Liow mengembalikan kekuatan MCA sebagaimana yang dikehendaki oleh PM? Memenuhi kehendak PM belum tentu dapat memenuhi kemahuan masyarakat Cina.
MCA berada di antara dua dilema – pertama, memenuhi kehendak pemimpin tertinggi BN dan kedua, memenuhi kehendak masyarakat Cina. Mustahil bagi MCA memenuhi kedua-dua kehendak ini kerana kedua-dua kehendak ini jelas bertentangan umpama dua tebing sungai yang tidak akan bertemu.
Kesilapan membuat keputusan oleh Jawatankuasa Pusat MCA yang bakal bersidang Khamis ini bukan sahaja akan membawa rebah kepada parti yang mewakili majoriti masyarakat Cina itu, bahkan BN juga akan tumbang bersama. Kita jangan lupa bahawa selain MCA, UMNO, MIC, Gerakan, dan PPP juga sedang menghadapi krisis kepimpinan yang teruk.
satu malaysia

No comments
Post a Comment