Parti atau personaliti. Mana pilihan pengundi Bagan Pinang?
Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang akan berlansung tidak lama lagi. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah pun mengumumkan calon masing-masing untuk diletakkan harapan merebut kerusi DUN yang kosong ini selepas penyandangnya telah meninggal dunia.
PR melalui Pas akan meletak Pesuruhjaya Negeri parti itu, Saudara Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon mereka dan BN melalui Umno meletakkan Isa Samad untuk mempertahankan kerusi parti itu di kawasan tersebut.
Jikalau sebelum ini, terdapat banyak kata dan tulisan menyatakan bahawa pengundi di Malaysia semakin bijak memilih wakil rakyat mereka, tetapi kajian secara khusus dan akademik tidak pernah dijalankan.
Mungkin apabila seseorang ditanyakan soalan ini, mungkin dia akan memberi jawapan yang berbeza antara percakapan mulutnya dengan perbuatan tangannya semasa hari mengundi nanti.
Oleh itu, saya melihat PRK Bagan Pinang ini adalah medan ujikaji terbaik untuk melihat sikap rakyat Malaysia yang mengundi memilih calon atau memilih parti.
Terus terang saya katakana bahawa, belum pun masuk hari penamaan calon lagi, sebenarnya Umno sudah tewas.
Ini kerana, calon Pas diyakini lebih bersih dari calon Umno.
Tidak perlu saya ulangi kesalahan jenayah yang pernah Isa Samad lakukan. Ini kerana semua orang sudah tahu atau pura-pura buat tidak tahu.
Sebelum ini pun saya ada menulis bahawa Isa Samad sebenarnya belum lagi didakwa dan dihukum atas kesalahannya dulu oleh mana-mana mahkamah di Malaysia ini.
Ramai orang berkata, jikalau dulu kalau satu parti letak songkok pun mereka boleh menang, ini kerana pengundi memilih parti, tetapi kini pengundi memilih personaliti kerana kononnya pengundi sekarang sudah bijak memilih.
Jadi, medan kajian telah tersedia buat kita semua untuk melihat adakah benar pengundi sudah bijak memilih calon atau tetap dengan karat masing-masing untuk memenangkan parti walaupun memilih calon yang bermasalah dan tidak amanah.
Namun begitu, saya amat berharap agar pengudi di Bagan Pinang dapat menggunakan hak mereka dengan bijak dan buktikan bahawa kata-kata pengundi zaman sekarang sudah matang itu adalah benar.
Dan jikalau Isa Samad yang memenangi PRK ini nanti, ia akan membuktikan kita satu perkara lagi iaitu pilihan ramai tidak semestinya betul…
http://lordazaab.wordpress.com/2009/10/01/parti-atau-personaliti/#more-2128

No comments
Post a Comment