PAS Macam Pejuang Mujahidin Di Afghanistan

Oleh Iqbal

"Apa yang sedang berlaku dalam PAS hari ini mengingat kita kepada para pejuang mujahidin di Afgahnistan.Nama-nama seperti Burhanudin Rabbani, Masood dan Hekmatyar tidak asing lagi.Mereka adalah tokoh-tokoh penting dalam mengerakkan para pejuang menentang dan berdepan dengan tentera Rusia bonekanya Babrak Kamal.

Sepanjang penjajahan dan kehadiran tentera Rusia di bumi Afgahnistan mereka bersatu padu mengatur dan mengerakkan para pejuang berdepan dengan penjajah itu.Biar pun pihak lawan memiliki kelengkapan yang lebih canggih tetapi berkat kesepaduan diantara tiga orang komender ini akhirnya tentera Rusia dapat dikalahkan dan seterusnya dinyahkan dari bumi Afgahnistan.

Tetapi malangnya selepas ketiadaan tentera Rusia mulalah ketiga-tiga ini membuat kerenah. Mereka tidak sehaluan lagi. Masing-masing mempunyai agenda iaitu mahu menjadi ketua negara. Dalam pada itu ada pula yang belot dan membantu pihak musuh iaitu Amerika untuk menumbangkan kerajaan berteraskan Islam. Memang benar si pembelot itu kini menjadi presiden tetapi presiden boneka.

Inilah yang sedang berlaku dan dilalui oleh PAS. Skripnya hampir sama di Afgahnistan. Masa belum menang nampak berastu. Suara dan aspirasi senada. 100% pemimpinnya menjadikan mengnyahkan umno sebagai agenda utama. Semua memperlekehkan umno dan pemimpin2nya. Senang cakap , umno itu tak boleh pakai 1 sen pun bagi pemimpin2 PAS.

Setelah diberi sedikit mandat dibebrapa buah negeri dan kerusi parlimen lain pula jadinya. Ada yang tak cermin diri, ada cuma beberapa kerusi tapi nak jadi MB. Maka bergeraklah si desperado ini tak ubah seperti anai-anai merosak struktur rumah.Kalau Hamid Karzai boleh jadi Presiden kenapa aku tak boleh ikut macam dia jadi MB.Inilah yang sedang berlaku.

Mungkin ini lagak dan gelagat parti yang asyik kalah dalam PRU. Bila sekali menang dah mula lupa diri. Dah rasa partinya hebat. Dah berani cabar mencabar rakan kongsi. Dah berani buat ugutan kepada rakan kongsi. Inilah yang berlaku di Selangor. Ada yang merasa gerak kerjanya lah yang membawa kemenangan beberapa kerusi di Selangor. Peranan dan sokongan rakan kongsi tidak ada disitu. Semuanya hasil penat lelahnya.

Kalau tiada tindakan drastik berani diambil keatas bebrapa kerat pemimpin sejenis Hamid Karzai, PAS pasti tersungkur dalam PRU 13 nanti.

Sekali orang dah meluat dan menyampah tiada apa yang dapat dilakukan untuk menarik semula sokongan. Lihat apa yang terjadi kepada umno. Golongan yang menolak umno sewaktu era REFORMASI masih tidak berganjak membenci parti itu. Jadi bila penyokong yang ada hari ini dah mula membenci PAS, maka kembalilah PAS ke alam azalinya iaitu melalak-lalak kesana kemari. Tapi sayangnya orang dah tak endahkan kagi.

Jadikan lah apa yang berlaku di Afgahnistan sebagai pengajaran. Cukuplah hanya ada satu saja Hamid Karzai. Jangan pula dalam PAS ada yang nak tiru langkah Hamid Karzai.

No comments

Powered by Blogger.