Patutlah Sekarang Selalu Hujan..Ezam Nak keluar Sarang!
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicabar menjawab persoalan moral yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hingga menjadi punca beliau keluar parti.
Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Noor berkata, Wan Azizah tidak boleh lagi melindungi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mesti bertanggungjawab kepada ahli yang resah menanti penjelasan berhubung persoalan moral yang menyelubungi Anwar.
Katanya, Wan Azizah harus sedar tindakan Anwar mengemukakan pelbagai permohonan hingga mahkamah terpaksa menangguhkan kes tersebut telah menimbulkan pelbagai kegusaran.
‘‘Betul, Wan Azizah sebagai isteri punya tanggungjawab kepada suami tetapi dia juga kena ingat yang dia adalah Presiden parti.
‘‘Dia patut bertanggungjawab kerana salah satu sebab Badrul tinggalkan PKR kerana persoalan moral termasuk meragui cara Anwar menangguhkan kes dakwaan liwatnya.

1 comment
saya sering mengikuti ceramah2 Izam dimana saja dia pergi. Dia berucap dengan gaya intonasi DSAI. Terubat juga kerana waktu itu DSAI masih berada di dalam. Izam juga seorang bijak dan mempunyai persona yang intelektual. Kalaulah beliau masih dalam PKR maka dialah wajar berada di tempat Azmin. Sayang, anugerah Allah SWT itu hanya diperguna untuk menjadi pecacai. Ini adalah satu tragedi yang menyayat. Saya tidak nampak masa hadapan dan halatujunya Saya tak fikir UMNO pun akan ambil dia jadi menteri pada bila2 masa pun. Dia terjebak dalam dunia ego dan kesumatnya sendiri. Dia telah kehilangan arah dan kita telah kehilangan mutiara. Semoga Allah SWT memberi dia petunjuk.
Post a Comment