PRK Bagan Pinang; Selepas 12 Tengahari

Menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Sehingga 12 tengah hari tadi, peratusan keluar mengundi di pilihan raya kecil Bagan Pinang terus meningkat dengan 46.5 peratus atau 4,220 pengundi menjalankan tanggungjawab masing-masing, membabitkan lapan pusat mengundi di 18 saluran.

Dalam perkembangan berkaitan, suasana di UPU Sua Betong, di Sekolah SJK (C) Ladang Sua Bentong agak lengang sejak jam 11.30 pagi tadi. Seorang anggota Polis berpakaian biasa melaporkan jumlah keluar mengundi disitu tidak lebih 150 orang.

Pengerusi Gerakan Tan Sri Koh Su Koon berkata supaya ada perbincangan diantara bekas Presiden MCA , Ong Tee Keat dengan Bekas Timbalan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek. Beliau berkata demikian kepada media ketika melawat SJK (C) Ladang Sua Betong

Manakala di UPU Bagan Pinang, Polis Simpanan Persekutusan telah dipanggil bagi mengawal keadaan pada jam 12.15 tengahari.

Dalam perkembangan lain, Pasukan Peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Taman Desa Sirusa semalam adalah provokasi Umno BN.
buliten online

No comments

Powered by Blogger.