Program Pro-Rakyat Tetap Diteruskan Walaupun Peruntukan Disekat

SHAH ALAM, 18 Okt - Gesaan Umno supaya peruntukan Kerajaan Pusat ke Selangor disekat terus, dibidas pelbagai pihak.

Umno seharusnya melihat kejayaan program-program pro-rakyat sebagai kemenangan semua pihak mengurus tadbir negeri dengan baik, dan bukannya mengenakan sekatan ekonomi ke atas rakyat Selangor.

“Itu satu sikap tidak adil dan tidak berdemokrasi kerana itu wang rakyat, wang rakyat ni dari orang Selangor juga, dari penyokong PR juga, jadi semua wang rakyat itu haruslah dibahagikan kepada semua rakyat, tidak boleh dikhas kepada UMNO sahaja, inilah satu contoh di mana tidak selari dengan konsep Satu Malaysia ni, ini Satu Malaysia rupa-rupanya Satu UMNO Malaysia, UMNO jadi taiko, UMNO yang jadi Tuan, tak boleh laa macam itu, itu tak betol lah”, kata Ronnie.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew berkata demikian kepada Tv Selangor ketika dihubungi melalui telefon mengulas tindakan Kerajaan Pusat menyekat peruntukan ke Selangor.

Bagaimanapun, sekatan ekonomi ini tidak melemahkan semangat Pakatan Rakyat Selangor untuk membawa perubahan, dan pembangunan sebaliknya mematangkan lagi pemimpin kerajaan negeri bagi menghadapi serangan politik BN-UMNO dan terus memperjuangkan kebajikan rakyatnya.

“Ini satu mimpi saja lah kerana Selangor sangat kukuh, kita sendiri tak perlu pinjam wang kepada Kerajaan Pusat pun kita boleh teruskan kemajuan kita walaupun disekat. Kita harus memberi amaran kepada Barisan Nasional juga kalau u sekat sama kita, kita pun boleh buat sekatan pada mereka, kita pun boleh imposekan syarat-syarat khas yang merugikan Kerajaan Pusat kalau kita mahu, jadi jangalah lebih lah, kita kena sama hormat menghormati Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri lah”, jelasnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.