Pulau Pinang harus ambil ikhtibar dari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Penduduk di sekitar Solok Tan Jit Seng di Tanjung Bungah, Pulau Pinang melahirkan rasa bimbang terhadap projek pembangunan perumahan yang dijalankan di sebuah kawasan lereng bukit di sini.
Projek pembinaan 25 unit rumah teres 3 tingkat ini telah mendapat kelulusan pada Disember 2006 lalu, tetapi kerja-kerja menerangkan kawasan hutan di tapak itu baru dimulakan awal tahun ini.
Pihak Majlis Pembandaran Pulai Pinang (MPPP) pernah mengeluarkan arahan henti-kerja kepada pihak pemaju, DynamicPro setelah mendapat bantahan keras dari penduduk. Namun, pemaju telah membawa kes ini ke mahkamah.
Penduduk mula menghantar bantahan keatas rancangan pembangunan bukit ini sejak Ogos 2006 lagi, tetapi pihak pemaju tetap mendapat kelulusan pada Disember tahun yang sama dari pihak berkuasa tempatan.
Menurut seorang penduduk di situ, keadaan bukit itu adalah di dalam Kategori Kelas IV (kecerunan bukit melebihi 35 darjah) dan kerja-kerja memotong cerun bukit ini amat merbahaya. Tambahan pula, terdapat rumah yang dibina di atas dan di bawah bukit itu.
Jikalau mengikut Garis Panduan Rancangan Pembangunan Kawasan Lereng Bukit dan Tanah Tinggi yang diluluskan kabinet tidak lama dahulu telah melarang sebarang projek pembangunan di kawasan cerun bukit yang melebihi 35 darjah.
Bagi pembangunan di kawasan bukit berkecerunan 15 dan 35 darjah, jikalau ia menunjukkan tanda-tanda ada hakisan tanah, ketidak stabilan tanah dan kesan geological merbahaya, maka kerja-kerja pembangunan tanah di kawasan itu juga adalah di larang.
Pihak-pihak yang berwajib harus mengambik ikhtibar dari kejadian tanah runtuh seperti yang sering melanda Bukit Antarabangsa di Selangor dan keselamatan nyawa dan harta benda harus menjadi pertimbangan utama.
Tambahan pula, Pulau Pinang terletak tidak jauh dari Sumatera, Indonesia dimana kawasan tersebut sering berlaku gempa bumi dan bendaca alam yang lain seperti tsunami. Jikalau gegarannya terlalu kuat di Sumatera, kesan gempa tersebut boleh dirasai sampai ke negeri ini.
No comments
Post a Comment