Rayuan Tok Guru Kepada Pengundi Bagan Pinang
'Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong (tanpa mengira bangsa dan bahasa).'
....... Surah An-Nasr - Ayat 1 dan 2
Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restuNya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati.
Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap rakyat dan sistem demokrasi. Ia menyentuh hak warganegara. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai penggubal dan pemantau undang-undang sama ada di parlimen atau negeri. Selaku wakil rakyat, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang, juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil rakyat.
Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil rakyat yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan kita selaku pengundi.
Pemilihan saudara Zulkefly Mohamad Omar, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sebagai calon PAS dikira cukup cucuk untuk meneruskan khidmat amal ini. Selaku seorang muda yang telah diuji kecekapan dan ketabahannya untuk memimpin PAS Negeri, dalam usia 44 tahun beliau diyakini mampu mencabar calon yang ditampilkan oleh UMNO/BN. Tidak syak lagi beliau adalah seorang yang bertenaga untuk menyaingi UMNO di kerusi N31. Tanpa perlu diulas, semua orang sudah tahu betapa terdesaknya UMNO sehingga masih mengambil calon yang telah terbukti mempunyai rekod yang cemar dari segi amalan politik wang. Ini disahkan sendiri melalui Lembaga Disiplin UMNO yang telah mengambil tindakan tatatertib ke atas pelbagai amalan salah laku yang melibatkan beliau.
Sebenarnya saya amat terkilan dengan sikap 'double standard' yang diamalkan oleh UMNO dalam hujah mempertahankan pemilihan calon ini. Mereka mendabik dada kononnya mereka mematuhi kehendak 'grass root'. Anehnya sewaktu merampas Kerajaan Negeri Perak yang sah, mereka telah dengan terang-terangan menafikan kehendak dan perasaan akar umbi yang telah memilih Kerajaan Pakatan Rakyat.
Buat 5000 pengundi yang berada di kem-kem tentera saya mohon berpesan supaya jangan takut untuk menyatakan pendirian. Gunakanlah hak-hak demokrasi tuan-tuan dengan cermat. Inilah masa terbaik untuk menunjukkan sikap gagah perwira dengan penuh istiqomah dan keberanian. Pada saya, sikap Presiden UMNO yang tidak semena-mena membangkit-bangkitkan soal kenaikan gaji dan kemudahan perumahan bagi tentera di Port Dickson di hari perisytiharan calon adalah sesuatu yang tidak sihat. Sudah tentu perisytiharan ini akan disusuli dengan pelbagai janji berupa halwa, madu dan susu untuk tujuan-tujuan pancingan.
Kepada pengundi luar yang berada di perantauan, baliklah dan mengundilah dengan penuh amanah pada 11 Oktober 2009. Inilah satu-satunya senjata dan hak kita sebagai rakyat Malaysia dalam negara demokrasi. Tentukan undi tuan puan akan memulihkan corak dan rupa bentuk keadilan dan memperbaiki wajah demokrasi demi masa depan negara. Mari kita keluar untuk menyatakan keyakinan dan sokongan kita kepada saudara Zulkefly wakil PAS/PR yang tidak berbelah bagi. Dengan sepangkah undi, mari kita tolak kezaliman.
Ini bukan soal kalah menang dalam gelanggang politik semata-mata tetapi lebih mustahak dari itu, ia adalah perjuangan untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala di akhirat kelak. Bahkan ia sekaligus kesempatan untuk mengembalikan demokrasi ke pangkuan rakyat.
Sudah 7 kali pilihanraya kecil diadakan di Semenanjung dan kita telah memenangi ketujuh-tujuhnya. Mari kita ulangi kemenangan buat kali ke-8 pada 22 Syawal ini. Kita perlu panjangkan gema takbir Hari Raya yang berbunyi "Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Walillahilhamdu."
UNDILAH PAS, SELAMATKAN NEGARA
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Nota Tambahan dari Tok Iskandar :
Lot tanah laut di Bt 3, Jalan Pantai, Telok Kemang antara Astana Hotel dan Corus Hotel milik syarikat yang dikuasai oleh YB Ismail Taib (Adun Linggi sekarang) Exco Kerajaan Negeri dan Ibrahim Embi
Corus Paradise Resort inilah yang dimaksudkan dengan corus hotel.Tok nak tanya cikit dan minta TP dan rakan-rakan siasat.Corus Paradise Resort adalah tempat penginapan petugas SPR termasuk Timbalan Pengerusinya Wan Ahmad Wan Omar sbelum hari penamaan calon.
ini tok dapat daripada sumber yang sahih.boleh check kat senarai daftar masuk hotel ini ok.ada rakan yang memaklumkan kepada tok.
isunya ialah resort ini adalah resort kroni isa.apakah spr ditaja dan jika tidak ditaja sekalipun ramai yang meragui mengapa mereka memilih untuk menginap di resort ini dan resort ini pula dikatakan dibina atas tanah rizab melayu.
wan ahmad wan omar kena jawab persoalan ini dan tidak hairanlah mengapa spr kelihatan memihak kepada BN

1 comment
insyaallah ada peluang pas rampas kerusi dun bagan pinang
Post a Comment