Selangor Hantar Misi Bantuan Kemanusian Mangsa Gempa DiPadang, Sumatera Barat
SHAH ALAM, 1 Oktober - Keperihatinan kerajaan negeri Selangor terserlah apabila ia akan menghantar misi yang dikenali Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor ke Padang, Sumatera Barat bagi membantu masyarakat di sana yang mengalami bencana gempa bumi, semalam.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pasukan bantuan kemanusiaan ini akan menyalurkan bantuan itu secepat mungkin pada minggu hadapan.
“Kerajaan negeri sentiasa peka tentang tanggungjawab negeri untuk menolong mereka-mereka yang menderita hasil bencana alam yang tidak menentu, kita merasakan bencana alam yang terkena di padang membawa satu akbibat yang buruk dan perlu pertolongan yang cepat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (Mtest) di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, hari ini.
Khalid menyifatkan ia sebagai tanggungjawab sosial semua individu dan membuka peluang kepada golongan professional yang berminat seperti bidang perubatan untuk turut serta dalam misi bantuan itu.
“Ini adalah satu tangungjawab sisoail dan berharap doktor2 dan rakan jurutera yang nak memasuki pasukan kita, akan diterima dan akan emmbiayai meraka dari kos perjalanna, memberi mereka peluang untuk mereka berbakti kepda masyarkat yang susah tersebut,” katanya.
Bantuan itu disalurkan oleh kerajaan negeri melalui beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Amal dan lain-lain.
Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, sebanyak 500 ribu ringgit diperuntukkan bagi membantu mangsa bencana terbabit.
“Kita akan menghantar misi bantuan kemanusiaan Selangor pada minggu hadapan, mesyuarat tadi telah meluluskan peruntukan sebanyak 500 ribu ringgit untuk bantuan. Selain itu akan hantar pasukan untuk bantu mengeluarkan mayat dan sebagainya, akan bekerjasama dengan beberapa NGO yang akan menyediakan beberapa alat bantuan dan kita akan bawa sekali,” katanya.
Pasukan bantuan kemanusiaan Selangor ini terdiri daripada belia dan beberapa individu termasuk NGO, persatuan bulan sabit merah dan lain-lain, termasuk Rodziah sendiri.
“Kali ini adalah terdiri daripada anak-anak muda dan beberapa individu yang telah dikenalpasti yang kita lahirkan atas nama misi kemanusiaan Selangor ke Padang, dan jika adapun berlaku di dalam negeri , team ini akan bergerak memberi bantuan secara segera,” katanya.
Menurut Rodziah, ini merupakan salah satu program kerajaan Selangor yang ditubuhkan atas dasar bagi memastikan dapat memberi bantuan apabila berlaku bencana alam.
Selain itu, Rodziah turut memberitahu, sebanyak 50 ribu ringgit akan disalurkan kepada Kumpulan Sokongan Penan di Sarawak bagi membantu mereka dalam isu wanita dan masalah kebuluran dikawasan itu.
“Kita juga memberikan 50 ribu ringgit kepada Penan Support Group sebab selain isu wanita, banyak krisis ekonomi berlaku iaitu banyak perladangan tak menjadi..mereka telah menghadapi isu kebuluran, jadi kita telah bersetuju memperuntukkan 50 ribu ringgit untuk makanan disalurkan di sana,” katanya.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments
Post a Comment