sikit-sikit Nak Kenakan Tindakan Kepada Mahasiswa! Sampai Bila Nak Cucuk Hidung Mahasiswa?

"Politik murahan", demikian reaksi menteri pengajian tinggi terhadap tindakan sekumpulan pelajar berkempen di Bagan Pinang bagi membantah e-undi di tiga lagi universiti.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengulas tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang turut serta dalam kerancakan suasana pilihan raya kecil itu bagi membantah sistem pengundian berkomputer pada pilihan raya kampus tidak lama lagi.

Beliau menambah, pelajar yang terbabit dalam bantahan di Bagan Pinang boleh dikenakan tindakan.

SMM ke kawasan pilihan raya itu sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu bagi membantah kaedah pengundian itu di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada sesi pemilihan terbaru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

No comments

Powered by Blogger.