Soi Lek Umum Manifesto Menjelang EGM
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Isnin mengumumkan manifestonya yang bertujuan mengembalikan kekuatan parti selain membidas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menjelang mesyuarat agung luar biasa parti itu Sabtu ini.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Chua berkata bahawa sejak Ong menerajui MCA setahun lepas, pengaruh parti itu dalam politik tanah air dan dalam kalangan anggota akar umbi dan hala tujunya telah merosot.
Ong, katanya, harus bertanggungjawab terhadap perkara itu.
Mesyuarat agung luar biasa parti itu bertujuan menyelesaikan perbalahan antara Ong dan Chua yang tercetus ekoran tindakan Jawatankuasa Disiplin MCA memecat Chua. Hukuman itu kemudiannya ditukar kepada penggantungan keahliannya selama empat tahun.
Mesyuarat itu diadakan bagi menentukan sama ada Ong masih mendapat kepercayaan untuk menjadi pemimpin MCA.
Chua berkata setiap anggota MCA perlu memberi tumpuan terhadap usaha mengembalikan kekuatan parti.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment