SPR Semakin Bangang!

Pelancong, penyokong elok tidak ke Port Dickson: SPR

Pelancong dan penyokong parti politik tidak digalak berkunjung ke bandar peranginan Port Dickson Ahad ini bagi mengelak kesesakan lalu lintas pada hari pengundian bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Bagan Pinang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul AZiz Mohd Yusof berkata jika berlaku kesesakan maka ia akan menimbulkan kesusahan kepada pengundi untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

"Saya berharap pemimpin parti dapat memaklumkan kepada penyokong masing-masing mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri anjuran SPR di Putrajaya hari ini.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan persaingan antara calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad dan Pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar.

Abdul Aziz turut mengingatkan pengundi di kawasan itu agar tidak berasa takut untuk keluar mengundi kerana polis telah memberi jaminan mengenai keselamatan pada hari berkenaan.

Mengenai dakwaan PAS bahawa ahli Pergerakan Pemuda Umno melakukan serangan ke atas markas mereka, beliau berkata setakat ini, SPR tidak menerima sebarang laporan rasmi sama ada daripada polis atau pihak lain.

"Saya hanya tahu perkara ini melalui media massa dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pembangkang.

Katanya beliau belum menerima laporan rasmi berhubung perkara itu dari SPR negeri. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.