Surat Macam Tu Pun Tengku Sudah Pening?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxUxH2O2rne3_p7KZ2wKClqM0UMQrw95DIarxnkxULuN9ww46mhqZetSUk0_0ufJ8y0lw_Ys-fWvEbUci6DKJ_AUIUmRa4eOU8Whjh3f9ECy_hgGjb97eneFCXAg7gUdKrPhzHbIeeYzM/s400/surat+umno.bmp

Wah, marah benar Tengku yang jadi Setiausaha Agung Umno ini kepada pihak yang mengedar surat yang disifatkannya palsu itu. Katanya tindakan undang-undang akan diambil.

Tengku nak ambil tindakan undang-undang ke atas siapa?

PAS? Mana Tengku tahu PAS yang buat dan PAS yang edar. Kalau Umno yang bikin dan edar macam mana? Tentu ada pihak dalam Umno yang tidak puashati dengan perkara-perkara yang tentu Tengku tahu mengenainya.

Tengku kata ini taktik kotor pembangkang.

Pembangkang dimana? Pembangkang di Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang adalah Umno / BN. Entah-entah pembangkang negeri itu yang buat.

Tengku kata juga ini cara kotor dalam berkempen.

Eh, Tengku Setiausaha Agung Umno atau setiausaha cawangan Umno? Atau Tengku adalah Setiausaha Pakatan Pinggan Mangkuk atau Pakatan Khairat Kematian?

Ini pilihanraya Tengku. Gerak saraf, perang saraf itukan mainan pilihanraya. Parti Tengku pun buat perkara-perkara begitu. Bahkan apa yang parti Tengku buat adalah lebih dahsyat. Tengku pun tahu perkara itu.

Sudahlah, Tengku usahlah tunjuk warak dan baik pula pada musim pilihanraya ini. Orang kenal Tengku sama macam orang kenal calon pilihan parti Tengku.

Kalau orang parti Tengku sendiri yang buat dan edarkan surat itu, apa Tengku nak kata? Sudahlah parti Tengku dan calon parti Tengku orang semua tahu sarat dengan rasuah, tiba-tiba ada orang parti Tengku sabotaj parti Tengku macam tu, Tengku tahu apa akan jadi?

Jadi apa lagi, parti Tengku akan kalah dalam PRK Bagan Pinanglah.

Katalah yang buat surat itu adalah parti yang lawan parti Tengku, apa pula salahnya? Tengku lawanlah balik. Buat letter head pejabat agung PAS, ‘scan’ tandatangan Setiausaha Agung PAS, buat surat yang mengatakan Presiden PAS tetap mahukan calon yang ada walau pun PAS Negeri Sembilan mahu calon lain.

Alah, ini kerja kacang sajalah Tengku. Takkan itu pun Tengku tak pandai buat atau jentera pilihanraya parti Tengku tak tahu nak buat. Kalau macam itu pun tak tahu nak buat, alamatlah tu. Tengku tahu alamat apa? Alamat nak kalahlah, alamat apa lagi.

Oh ya, parti Tengku tak mahu buat macam tu sebab parti Tengku nak berkempen secara berakhlak. Ampun Tengku, patik rasa macam nasi yang patik makan malam tadi nak keluar balik bila Tengku sebut macam tu.

Kalau bomkan wanita Mongolia sampai relai pun boleh buat, takkan surat macam itu pun nak bising. Kalau bom wanita Mongolia pun Tengku anggap masih berakhlak, takkan buat surat macam tu sudah dikira tidak berakhlak.

Buat malu dekat budak-budak Tadika di Negeri Sembilan saja. Tengku… Tengku...

http://bongkarsauh.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.