SURAT TERBUKA UNTUK YAB.M.B SELANGOR

Oleh TAYAMUM

"

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada YAB.Tan Sri Khalid Ibrahim beserta keluarga dan juga kepada seluruh EXCO dan Barisan Kepimpinan Kerajaan Selangor.

Hampir 2 tahun Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor, dan menurut pengamatan saya Pakatan Rakyat telah sedikit sebanyak mengubah pola hidup dan landskap politik dikalangan rakyat khasnya dinegeri Selangor dengan pelbagai perubahan serta kebajikan yang disalurkan kepada rakyat tanpa mengira kaum.


Ini merupakan langkah awal untuk mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat di hati dan minda rakyat terutamanya bagi mereka yang selama ini belum memahami konsep serta hala tuju perjuangan Pakatan Rakyat.

Saya mengangkat tabik kepada Tan Sri kerana dengan berani memperkenalkan beberapa dasar dan perubahan yang drastik demi untuk kebaikan rakyat Selangor walaupun pada awalnya menerima berbagai halangan dan tentangan dari berbagai pihak yang cemburu dengan kepimpinan Tan Sri,.

Tan Sri,. saya sedar akan tugas dan tanggung jawab Tan Sri yang begitu berat sebagai Menteri Besar disamping memegang jawatan sebagai Pengerusi PKR peringkat Negeri Selangor,.. namun apa yang ingin saya luahkan bukan bertujuan untuk membebankan lagi kerja Tan Sri akan tetapi semoga dapat menjadi cambuk agar kita menjadi sedar akan kelekaan kita sebelum ianya menjadai parah.

Tan Sri,... saya sebagai salah seorang ketua Ranting PKR yang berada dibawah PKR Cabang Puchong merasa amat terkilan dengan perkembangan yang berlaku terhadap Parti Kedilan Rakyat Cabang Puchong sejak akhir-akhir ini,. dan dikhuatiri ianya akan menjadi lebih teruk jika tidak diambil tindakan dengan segera.

Tan Sri,.. masalah yang serius yang menghantui PKR cabang Puchong ini adalah PKR telah dikuasai oleh kumpulan tertentu diperingkat EXCO dan AJK,..mereka begitu dominan menentukan keputusan dalam setiap langkah parti..sehingga telah mengenepikan suara daripada Ketua-ketua Ranting,..yang lebih membimbangkan ialah mereka berpuak-puak.

Untuk pengetahuan Tan Sri,..PKR cabang Puchong menjangkau hingga ke Taman Sri Serdang,..dan kebanyakan Ranting dan ahli berada di Puchong akan tetapi barisan EXCO dikuasai oleh orang Sri Serdang dan mereka mengenepikan langsung ahli dan juga Ranting di Puchong,.dan ini bukannya rahsia lagi bagi ahli PKR Puchong kerana kami telah lama mengidu permainan mereka ini.

Tan Sri,.. saya tidak akan menyenaraikan secara panjang lebar kepada Tan Sri tentang permasalahan PKR Cabang Puchong ini,..akan tetapi saya hanya ingin mengemukakan beberapa keraguan dan kemusykilan yang menghantui ahli-ahli serta ketua-ketua Ranting berkenaan beberapa perkara dan diharap Tan Sri dapat menolong kami untuk campur tangan atas kapasiti Tan Sri sebagai Pengerusi PKR negeri kerana kami telah kurang keyakinan terhadap pimpinan PKR cabang Puchong ini.

Adapun perkara-perkara tersebut adalah :

1. Pengerusi Cabang

Begitu lemah dalam membuat sebarang keputusan berkenaan parti,..beliau begitu lembut sehingga mudah dipengaruhi oleh gerombolan yang ingin menguasai parti,.

2. Pemangku Timbalan Pengerusi.

Beliau mendapat elaun sebanyak RM3000 sebulan daripada akaun Cabang untuk mengatur strategi dan program parti,.akan tetapi beliau telah gagal melaksanakan tanggung jawab itu kerana beliau jarang turun padang untuk mendekati ahli apatah lagi turun bersama-sama rakyat,.. jadi berbaloikah elaun RM 3000 diberikan kepada orang ini jika beliau gagal menggalas tanggung jawab yang diberikan ?..

3. Setiausaha.

Beliau begitu emosional bila berada dalam mesyuarat seolah-olah hanya pendapat beliau sahaja yang betul. Beliau menggalas tugas sebagai setiausaha akan tetapi beliau tidak pernah sediakan minit mesyuarat bahkan sepanjang saya mengenali beliau semua tugas-tugas setiausaha diserahkan kepada Ketua Wanita,.. jadi relevankah beliau menggalas tugas sebagai setiausaha ?.......dan boleh disimpulkan seperti ini :

- Setiausaha yang tak pernah menulis....

- Setiausaha yang tak pernah membuat minit mesyuarat.

4. Bendahari.

Seorang Bendahari yang tidak pernah menunjukan Penyata kewangan milik parti pada setiap kali mesyuarat Cabang,.. sampai setakat ini ahli dan juga Ketua-ketua ranting tidak mengetahui jumlah kewangan parti seolah-olah telah diharamkan oleh beliau untuk sesiapa mengetahuinya. Dimana letaknya KETELUSAN yang diwar-warkan sebagai asas perjuangan parti ?.....dan yang lebih menyedihkan apabila Ranting ingin membuat program sendiri dan memohon bantuan kepada Cabang bermacam-macam alasan diberikan kononnya Cabang tidak mampunyai peruntukan... Sampai bila kami nak diperbodohkan ??????????

Akhir sekali,.. saya mengharap kepada Tan Sri agar dapat turun padang menyelesaikan masalah ini sebelum ianya menjadi lebih tak terkawal dan singkirkanlah manusia-manusia yang tamak haloba,.tak pandai buat kerja,.kronisme,.Penyapu buruk,.dan sebagainya yang bersarang di PKR Cabang Puchong ini.. singkirkanlah mereka segera sebelum kami muak dan yang paling penting ialah sebelum RANTING-RANTING BERGUGURAN.

Terima kasih.

Salam Reformasi

JIKA KEPALA MENCECAH LANGIT, JANGAN LUPAKAN KAKI DI BUMI

No comments

Powered by Blogger.