Tahniah Zambly! Takziah Orang Melaka!

MELAKA ANUGERAH MENTERI BESAR HARAM PINGAT

Hari ini Melaka mencipta satu lagi sejarah apabila Kerajaan Melaka melalui TYT Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun. Mohd. Khalil Yaakob., menganugerahkan Menteri Besar Kudeta Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk mengetuai senarai 1,230 penerima darjah bintang dan pingat kebesaran sempena Hari Jadi ke-71.

Zambry menerima anugerah tertinggi Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama empat lagi penerima.

Anugerah ini tidak akan diberi tanpa ada cadangan daripada Kerajaan Melaka yang diketuai oleh Ketua Menteri yang terpalit rasuah, Datuk Seri Muhd. Ali Rustam.

Mungkin anugerah ini sebagai menghargai jasa Zambry merampas secara 'melanun' kerajaan dipilih rakyat di Perak. Umum mengetahui rampasan kuasa di Perak bermula dengan teknik ugut dan merasuah 3 bekas adun dari Pakatan Rakyat dan adun-adun lain di Perak. Pepatah Melayu berkata ' hanya jauhari yang kenal manikam'. Hanya perasuah yang tahu menghargai kaki rasuah!

Mungkin juga kerana usaha yang mendapat perhatian seluruh dunia apabila berjaya melantik speaker baru melalui kaedah baru iaitu 'cekek dan heret'. Memandangkan usaha Zambry tidak pernah dibuat orang atau oleh mana-mana pemimpin dunia maka memang wajarlah Zamby dianugerahkan pingat berkenaan.

Selepas ini saya mencadangkan kepada Ali Rustam untuk memberi anugerah tertinggi kepada Ketua Putera Umno kerana lakonan mantapnya dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Tahniah Zamby dan takziah untuk orang Melaka...angkasanuri

No comments

Powered by Blogger.