Teresa Kok Buat Laporan Polis Berikutan Ancaman Bunuh Dalam Blog
SHAH ALAM, 1 Oktober - Semalam Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok menerima satu ancaman bunuh yang dibuat melalui blognya di www.teresakok.com yang menyatakan “Teresa, kau ni perlu diajar dgn darah t.kasih” , oleh seseorang yang menggunakan nama samaran hanturaya.
Berikutan amaran itu Teresa Kok hari ini membuat satu laporan Polis di Balai Polis Pandan Indah, Ampang .
Teresa Kok yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara dan Ahli Parlimen Seputeh berkata, laporan itu dibuat bertujuan untuk melindungi dirinya dan ahli keluarganya daripada apa saja bentuk ancaman.
Teresa Kok hadir di Balai Polis Pandan Indah, Ampang ditemani peguamnya Sankaran Nair.
Menurut Sankaran perkara ini merupakan kes jenayah dan pihak polis sewajarnya mengambil tindakan segera.
Sementara itu ADUN Teratai Janice Lee berkata ahli Melayu yang menyertai cawangan baharu DAP kawasan teratai ini masuk secara sukarela bukan dipaksa.
“Saya sebagai Adun Teratai disini dan cawangan ini ditubuhkan di kawasan Teratai, sebenarnya mereka ini masuk secara sukarela kerana mereka sudah Nampak cara dan bagaimana pemimpin-pemimpin DAP bekerja dan apa yang kita buat adalah untuk rakyat. Apa-apa yang berlaku kita yang pertama mereka jumpa untuk tolong mereka,” jelasnya.
Menurut Teresa ada sesetengah pihak yang memang tidak berpuas hati dengan kemasukan ahli Melayu dalam DAP.
“Memang ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati atau tidak seronok melihat orang Melayu menyertai DAP ini.Malah dalam beberapa surat khabar tempatan turut tersiar beberapa pemimpin UMNO yang memberi komen bahawa orang melayu yang menyertai DAP tidak menganang jasa, Jadi saya rasa golongan ini memang tak senang hati lihat orang Melayu masuk DAP,”katanya.
Menurut Teresa lagi ini bukan kali pertama beliau menerima ancaman-ancaman tanpa nama.
Tahun lalu, kediaman keluarga Teresa Kok pernah diserang dendan molotov koktel oleh mereka yang tidak berpuas hati denganya.
Apa yang diharapkan oleh Teresa Kok agar pihak Polis serta pihak yang bertanggungjawab dapat menyiasat dan menyelesaikan isu ini.

No comments
Post a Comment