Terima kasih dari Perakexpress.
Oleh: MSK
Pakatan Rakyat tewas dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang dengan majoriti yang lebih sedikit berbanding Pilihanraya Umum 2008. Calon Pas, Zulkifley Mohamad memperolehi 2578 undi berbanding dengan Isa Samad yang mendapat 8013 undi dengan majoriti sebanyak 5435 undi.
Kekalahan Pakatan Rakyat kali ini memberi peluang untuk pemimpin Pakatan Rakyat menilai kembali, apakah kita akan terus bersatu hanya semasa pilihanraya, atau berusaha untuk menjadi satu pakatan yang ‘viable’ untuk memerintah negara.
Apa yang menarik dalam pilihanraya kecil ini ialah kekalahan Pakatan Rakyat disemua peti undi dimana majoriti pengundi India. Sudah sampai masanya kita menilai, apakah sudah cukup retoric yang terungkap dipentas-pentas ceramah, ataupun sandiwara persepakatan yang hanya untuk mengabui mata pengundi.
Walau apapun, kita hanya tewas di satu pertempuran…sedangkan peperangan ini akan terus berlanjutan. Tewas satu pertempuran tidak bermakna perlu mengangkat tangan menyerah kalah.
Sudah sampai masanya kita dengan rendah diri mengakui bahawa ada yang tidak betul..yang perlu diperbetulkan.
Apapun, terima kasih kepada semua yang memberi bantuan, kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Team Perakexpress dalam usaha untuk membawa laporan-laporan terkini dari Bagan Pinang.
Terima kasih kepada Team Perakex yang bertugas beberapa hari di sini. Anaz, Sya, DAP Melayu, Cyberboron…dan juga Sam dan M3M di Perak.
Terima kasih kepada Dr. Zulkifli,Salahudin Ayub, Datuk Kamarul Baharin dan Pusat Khidmat Teluk Kemang.
Jumpa lagi dalam PRK akan datang.

No comments
Post a Comment