Umpan Umno mengena, PAS berpecah?




Umpan Umno mengena, PAS berpecah? Mungkin itulah yang terfikir dalam kotak akal sempit pemimpin Umno yang kini sedang bergembira dengan apa yang berlaku selepas Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz menyatakan dalam blognya agar satu Muktamar Khas diadakan.

Namun, pimpinan PAS tetap tenang untuk menghadapi serangan dan umpanan dari pihak Umno berhubung isu ini. Najib juga ada menyebut bahawa “PAS perlu selesaikan masalah dalaman terlebih dahulu sebelum berunding dengan Umno”.

Nyata sekali, bahawa beliau sedang pasang umpan untuk melaga-lagakan pimpinan PAS yang kononnya didakwa cuba berunding dengan Umno dalam masa terdekat.

Malang sekali buat ahli PAS yang tidak mengerti sepak terajang politik kerana terpaksa menghadap perkara ini mentah-mentah, walhal itu hanyalah ayat politik Najib yang mahu PAS berpecah dan Umno menjadi semakin kukuh.

Jadi sahabat-sahabatku, marilah kita mengambil pandangan dan seruan Ust. Idris, Ketua Penerangan PAS agar kita menjadi lebih bijak dalam menganalisis isu serta membuat penilaian dan menghentikan spekulasi berhubung isu ini.

Beri ruang pimpinan berunding, dan kita dengar apa kata pimpinan selepas perjumpaan esok.

No comments

Powered by Blogger.