Di Antara Kehebatan Monnsoon Cup Dengan Mengharung Banjir
Oleh Ahmad Zawawi
Water water everywhere dipetik dari baris-baris Puisi popular yang bila diterjemah keBahasa Melayu maknanya hanya satu perkataan iaitu Banjir. Apabila datang musim tengkujuh hujanpun mencurah-curahlah kebumi. Oleh sebab kuantitinya terlalu banyak apa yang ada dimuka bumi akan tenggelam.
Paling bernasib baik hanya sekiranya bumbung-bumbung rumah masih dapat dilihat dan sekaligus memberi kelegaan kepada orang yang sedang Bercinta. Bagi pasangan kekasih sering kita dengar jika dapat tengok Bumbung Rumahpun sudah cukup untuk mengubat rindu. Peristiwa sebegini barulah boleh dipanggil bencana alam atau satu Ujian dari yang Maha Berkuasa.
Disambung Puisi tadi kita ambil Not a drop to drink dan ini maknanya semua air yang terdapat ditempat berlakunya banjir akan menjadi tercemar atau contaminated dalam bahasa sainsnya. Akibat daripada pencemaran tersebut berbagai penyakit berjangkit melalui air “water-borne” seperti taun, taipod dan cirit-birit amat mudah menjadi wabak. Kesukaran hidup ini terpaksa dialami oleh rakyat dibeberapa negeri antaranya Utara Perak, Kedah, Kelantan dan Trengganu bila sampai musim tengkujuh.
Bagi kita yang tidak mengalami bencana ini tidak akan tahu betapa rumitnya orang-orang yang dilanda musibah tersebut terpaksa mengharung berbagai masaalah. Berapa banyakpun jenis bantuan yang akan tiba ia tetap tidak dapat memulihkan keadaan. Kesukaran makan minum, terpaksa bergelap kerana bekalan letrik terputus dan kemusnahan banyak peralatan-peralatan penting disebabkan oleh banjir ini sangat menyayat hati.
Satu soalan yang masih tidak terdapat sebarang jawapan bolehkah Penganjuran Monsoon Cup menyelesaikan segala kesukaran yang terpaksa ditanggung. Dengan lain perkataan bolehkah kegembiraan dan kegirangan sewaktu menyaksikan berlangsungnya acara-acara Monsoon Cup dapat melerai segala derita? Saya kira idea asal untuk menetapkan kalendar Monsoon Cup dimusim tengkujuh inipun bertujuan mengalihkan persepsi yang bukan pada cuaca baik sahaja kita boleh mendapatkan hiburan.
Jika pihak yang berkenaan merasakan ada sedikit kebenaran daripada tulisan ini adalah diharapkan projek yang menelan perbelanjaan berjuta-juta ini dapat dikaji semula. Kita akan dipandang lebih mulia jika mengutamakan kebajikan rakyat daripada mengejar nama.
http://ahmadzawawi.wordpress.com/

No comments
Post a Comment