Speaker terima penggantungan pilihan raya kecil Kota Siputeh
ALOR SETAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail, menerima dengan terbuka perintah penggantungan sementara Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh.
Beliau berkata, keputusan penggantungan yang dibuat semalam, ada rasionalnya kerana mahkamah telah memberi alasan yang munasabah.
"Mahkamah Tinggi telah membuktikan saya betul tetapi saya tidak tahu bagaimana dengan keputusan Mahkamah Rayuan nanti," katanya di pejabat beliau di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak boleh berbuat apa-apa jika kes itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana segalanya terletak dalam bidang kuasa mahkamah.
"Tetapi secara rasmi memang kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan sepatutnya ia tidak boleh dibiarkan begitu saja kerana rakyat perlu ada wakil mereka," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga menerima penggantungan sementara itu dan Kerajaan Negeri juga menerimanya dengan terbuka tanpa bantahan.
Beliau berkata, sekiranya pilihan raya kecil diadakan nanti, Pas bersedia bertanding den

No comments
Post a Comment