Muhyiddin Sembab Ugut Ku Li!

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meneliti semasak-masaknya
sebelum bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Timbalan perdana menteri berkata bahaw pada dasarnya BN tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

"Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya.

"Jadi, kalau atas dasar yang biasa, biasanya kita tidak fikir sesuai tetapi saya percaya Tengku Razaleigh faham tentang itu dan kita serah kepada kebijaksanaan beliau untuk teliti sebelum buat keputusan muktamad.

"Saya fikir beliau orang lama dalam parti, dia tahulah keputusan apa yang dia nak buat," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh semalam yang menafikan dakwaan Anwar bahawa beliau telah bersetuju mengetuai kaukus petroleum itu tetapi masih menimbangkannya.

No comments

Powered by Blogger.