Najib berbohong untuk lindung CIMB?
KUALA LUMPUR, 26 Nov. : Pembohongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbongkar apabila dua akhbar Korea berbahasa Inggeris mendedahkan mengenai amaran Amerika Syarikat kepada Malaysia tentang penglibatan bank Malaysia dalam transaksi senjata melibatkan kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Tentera di Myanmar. Hal ini didedahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Badrul Hisham Shaharin dalam blognya, chegubard.blogsot.com.
"Najib mungkin 'terkencing' ketika dihubungi Obama tetapi masih cuba melindungi bank Malaysia itu. Persoalannya kenapa Najib begitu bersungguh melindungi bank Malaysia itu....Adakah Bank itu 'CIMB' yang kini dimiliki oleh adik kesayangannya Datuk Nazir Razak...?," soal penulis.
Penulis juga dalam blognya menerangkan kisah ini tidak jauh berbeza dengan kisah yang berlaku di bawah pimpinan Abdullah Badawi. Negara menghadapi risiko apabila SCOMI syarikat anaknya meraih keuntungan dengan terlibat dalam pembekalan alat senjata nuklear dengan rangkaian pengganas dan ia dilindungi Abdullah.
"CIMB juga sebenarnya terlibat dalam memberi kontrak kepada sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Israel di mana syarikat tersebut terlibat secara langsung dalam pensejantaan pertahanan Israel yang membunuh orang Palestin," jelas Badrul lagi.
Pada 26 Jun lalu, Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama telah menyentuh pelbagai isu termasuk isu ekonomi semasa bercakap melalui telefon selama 20 minit.
Bercakap kepada para usahawan Bumiputera pada majlis makan malam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) lalu, Najib berkata beliau telah menerima panggilan dari Obama pada pukul 9.10 malam dan mereka telah membincangkan pelbagai perkara. Beliau juga berkata Obama memuji keunikan dan kelebihan Malaysia.
Pegangan saham 28 juta unit-Pemuda Umno butakan mata
Pemuda Umno dilihat tidak serius dalam meneliti kes pegangan adik Perdana Menteri, Nazir Razak dan Isterinya Azlina Aziz yang berjumlah kira - kira 28,353,261 unit saham CIMB.
"Maklumat ini merupakan maklumat awam dan jelas dapat dilihat dalam laporan tahunan CIMB tahun 2008. ini menunjukkan bukti pendedahan selama ini berbentuk politik semata-mata," jelas Badrul Hisyam yang dihubungi Erapakatan.
Badrul mendedahkan laporan tahunan CIMB 2008 dalam muka surat 69 yang menyatakan Nazir Razak memiliki saham berjumlah 27,953,261 unit dan dalam muka surat 71, dinyatakan juga isterinya, Azlina Aziz memiliki 400,000 unit saham.
"Ini bermakna mereka suami dan isteri memiliki 28,353,261 unit saham yang dari segi nilaian tunainya sudah pasti lebih RM 30 juta pada kewangan berakhir pada 31 Disember 2008. Itu belum termasuk lagi nilai saham yang dilupus atau jual dalam tahun tersebut yang hampir 1 juta unit saham," Hal ini dijelaskan Badrul secara terperinci dalam blognya.
Badrul yang dihubungi berkata, belum ada sebarang laporan yang dibuat. Namun, pendedahan isu ini adalah untuk membuktikan isu yang dibangkitkan media selama ini hanya untuk politik semata-mata.
"Persoalannya, jika Nazir dan isterinya bukan adik Najib, adakah mereka akan mendapat duit yang sama dari CIMB. Seharusnya pemuda Umno yang sentiasa celik dengan maklumat ini mengambil tindakan lanjut dan bukannya membutakan mata sahaja," soal Badrul tegas.EraPakatan

No comments
Post a Comment