Pemuda PAS cabar Zainol
IPOH, 26 Nov. ; Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan cemuhan terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berhubung kemelut yang melanda Pafa akhir-akhir ini.
Ketua Penerangannya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, gesaan Exco Sukan Negeri, Zainol Fadzi Paharuddin agar Nizar berundur sekali gus menggambarkan kegagalan beliau (Zainol) menjalankan tugasnya sebagai seorang Ahli Majlis Pafa khususnya bagi pembangunan bola sepak negeri.
Menurutnya, sikap yang ditonjolkan Zainol juga menggambarkan tiada sebarang tindakan yang dilaksanakan bagi menangani permasalahan berkenaan.
“Hutang-hutang yang ditanggung oleh Pafa sejak 2006, telah pun dijelaskan sepanjang Nizar menerajui Pafa, termasuk beberapa hutang lapuk daripada pengurusan terdahulu.
“DPPN Pk mencabar beliau (Zainol) bagi menjelaskan usaha yang telah dilakukan oleh pihaknya bagi menyelesaikan isu berkenaan,” katanya .
Skuad Seladang sebelum ini berdepan kemungkinan tidak dapat beraksi pada saingan Liga Malaysia musim depan berikutan gagal menjelaskan beberapa tunggakan termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pemain kepada FAM.
Mohd Akmal berkata, Zainol tentunya sedia maklum berhubung kemelut yang bermula sejak 2006 iaitu ketika beliau masih memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak.
Bagaimanapun katanya, masalah yang dihadapi tidak pernah dibangkitkan sehingga ke hari ini.
Sementara itu, DPPN Pk bakal meneruskan kempen derma RM1 bagi membantu meringankan beban hutang Pafa.
Menurutnya, sejak dilancarkan, tabung itu mendapat sambutan yang menggalakkan dan diharap dapat membantu dalam usaha menyelesaikan beban hutang berkenaan.
“Semoga menjelang tarikh akhir kelak, hutang-hutang berkenaan dapat dilangsaikan demi menyaksikan skuad Perak terus beraksi pada saingan Liga Malaysia khususnya Liga Super,” katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Pemudanya, Salman Saleh membidas bekas Presiden Pafa, Datuk Seri Zahid Hamidi yang membuat kenyataan berhubung kemelut hutang lapuk yang ditanggung persatuan berkenaan.
Katanya, DPPN Pk kesal dengan teguran berkenaan yang dilihat seolah-olah cuba mengajar Presiden Pafa menyelesaikannya.
Menurutnya, tindakan masalah hutang lapuk berkenaan telah dikesan sejak 2006, tetapi sehingga kini ianya masih belum dapat diselesaikan dan sebagai Presiden Pafa pada ketika itu beliau (Zahid) tidak pula dipersoalkan oleh pihak pengurusan.
“DPPN Pk meminta Datuk Seri Zahid membuat semakan dengan bendahari yang dilantik beliau iaitu Khairy Jamaluddin, berhubung masalah hutang yang ditinggalkan oleh bekas presiden sebelum ini.
“Sebagai bendahari, Khairy sewajarnya mengetahui jumlah hutang berkenaan kepada presiden dan mencari jalan bagi menyelesaikannya.
“Jelas di sini bahawa tiada sebarang usaha dari beliau (Zahid) bagi menyelesaikan hutang-hutang lapuk itu,” katanya.
Sementara itu, Salman berkata, pihaknya turut berharap agar Zahid menilai terlebih dahulu prestasinya ketika berjawatan Presiden Pafa sebelum ini sebelum membuat kenyataan yang boleh mengecewakan penyokong dan rakyat Perak.
Katanya, kenyataan-kenyataan sebegini jelas berunsurkan politik dan sekali gus bakal mengheret Pafa ke kancah berkenaan.SH

No comments
Post a Comment