Budaya profesionalisma dalam ketelusan
Budaya profesionalisma dalam ketelusan perlu disemat dalam membentuk sebuah organisasi yang boleh dihargai rakyat kerana mereka kini lebih bijak menilai sejauh mana ketelusan sesetengah pihak terhadap sesuatu isu.
Media massa tidak memberi ruang mana-mana individu atau organisasi membuat kesilapan dalam memberi kenyataan atau maklumbalas berhubung perkara yang menjadi isu hangat.
Speaker Dewan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT), Teng Chang Kim berkata, sikap profesionalisma harus disemat memandangkan sistem keterbukaan diamalkan di negara ini.
“Tapi bila kita sudah dalam keadaan terbuka maka semua pihak kena mempamerkan profesionalisma. Jadi kita tahu kamera tunjuk kat kita, apa yang kita cakap tu semua dapat dengan serta merta khususnya melalui internet”, katanya.
Menurut Teng lagi, budaya ini dapat membantu pihak yang berdepan dengan media untuk bersedia lebih awal memberi maklumbalas yang munasabah kepada rakyat.
“Tapi kelebihannya ialah semua pihak berdepan dengan rakyat. Semua pihak kena jawab. Jangan memberi jawapan yang kita lihat tidak bijak, jawapan yang tidak dapat diterima akal”, kata beliau lagi.
Menurut beliau, sikap profesionalisma yang sering diabaikan memberi tanggapan buruk terhadap imej organisasi tertentu.
“Kalau secara tertutup memang tidak boleh. Tidak ada ketelusan. Sebab itu adalah elemen utama. Sama ada kita telus atau tidak itu adalah syarat. Kalau orang ramai tidak dibenarkan untuk mengetahui apa yang berlaku itu tidak telus. Sistem itu tidak telus kalau tiada pengiktirafan mereka”, katanya.
Teng berkata demikian dalam wacana isu semasa bertajuk Cekap, Amanah, Telus “Sejauh Mana Pelaksanaan” di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, semalam.
Ahli panel yang turut hadir, Presiden Jemaah Islam Malaysia (JIM), Zaid Kamarudin, dan Pengarah SPRM Negeri Selangor, Ja’afar Mahad. – Hadri Yaziz

No comments
Post a Comment