Jangan biarkan halatuju kita dicatur-bidakkan pihak lain!

Oleh jinbukitridan

"Satu [nikaziz] demi satu isu yang nyata bertujuan untuk melemahkan pengaruh Pas kini muncul. Ini barangkali bukan secara kebetulan sebaliknya seolah ada perancangan daripada pihak tertentu yang mempunyai agendanya. Jika kapal yang tersergam gagah yang tidak termampu oleh anai-anai menebuknya maka nakhoda dan awak-awaknya lah yang cuba dirosakkan agar kapal ini terpesong daripada halatujunya

Bijak permainan politik yang nyata cuba dimainkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti Pas! Menyerang Kelantan dan menyerang Tok Guru ertinya cubaan menyerabutkan Pas yang entah kali ke berapa tahun ini. Kelantan dan Tok Guru seakan sudah menjadi kubu kuat Pas setelah sekian lama.


Paling tidak barangkali jika nakhodanya disibukkan dengan perkara-perkara yang remeh masa untuk mengemudi kapal pasti terbuang.Entah berapa lama lagi Tok Guru dan sekerat dua jundullah yang cuba sedaya-upaya mempertahankan Pas di Kelantan berjaya ,tidaklah diketahui dan semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka. Musuh menyerang kubu Pas paling ampuh! Dengan tekanan demi tekanan , isu demi isu yang seakan berbaris untuk diletupkan namun jika tidak mendapat bantuan daripada rakan-rakan lain daripada pusat barangkali usaha menyelesaikan hal ini barangkali sukar.

Rakyat Kelantan telah memberi sepenuh kepercayaan kepada Pas untuk menerajui negeri mereka hampir dua dekad! Kita fikir itu bukanlah kerana faktor Tok Guru semata-mata tapi kerana Dasar Islam yang diperjuangkan Pas. Jika tidak kerana Islam nescaya Tok Guru pun tidak ada kekuatan untuk bertahan selama ini. Lantaran itulah pimpinan Pusat perlu campurtangan tangan secara pro- aktif dalam merungkaikan setiap kemelut yang melanda Kelantan. Beramal-jamaie. Tok Guru dan pimpinan di Kelantan perlulah sentiasa berlapang dada menerima apa jua cadangan dan idea penyelesaian sebagaimana dalam isu Ariffahmi yang lalu.
Pusat mesti campurtangan. Presiden mesti ke depan!. Dan maruah Pas mesti dipertahankan. Jangan biarkan pihak lain yang mencatur-bidakkan halatuju kita. Isu-isu yang timbul kebelakangan ini sedikit sebanyak pasti akan meninggalkan kesan kepada keutuhan parti jika tidak segera ditangani dan diredakan. Manusia yang penuh dengan persoalan dan spekulasi sudah tentulah akan membuat persepsi yang bukan-bukan.

Paling menyedihkan jika tuduhan puak dan juak dalam pas tidak dibenteras hingga ke lubang cacing. Kepimpinan mestilah diukur dengan kemampuan bukan dengan jalan singkat yang tidak selari dengan perjuangan. Biarlah kita berkerja atas dasar perjuangan dan akidah semata-mata tanpa ada unsur politiking yang melampau. Sebarang keputusan atau cadangan ada baiknya dibincangkan dengan syura dan bermuktamar bukan di dada akhbar.
"

No comments

Powered by Blogger.