Wawasan Ahli Parlimen Shah Alam Berkenaan Pengajian Islam
Shah Alam merupakan ibu Negeri Selangor. Terdapat di Shah Alam beberapa Syiar Islam terbesar di Malaysia seperti Masjid Negeri, Pusat Islam, Muzium Islam dan Bangunan MAIS dan JAIS. Saya juga dimaklumkan bahawa antara visi Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berhubung Bandar raya Shah Alam itu sendiri ialah menjadikannya sebagai sebuah 'Bandar raya Islam' yang pada masa yang sama didiami warga kota yang berbilang bangsa dan agama. Imej keIslaman sememangnya ingin ditonjolkan oleh Al-Marhum Baginda, namun imej Islam yang bersifat inklusif, bertoleransi, adil dan kosmopolitan. Bukan imej Islam yang kolot, ekstrim (kepala lembu) dan jumud.
Sehubungan ini, pada pendapat saya, sesiapa sahaja yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Shah Alam seharusnya membawa imej yang selaras dengan imej Bandar raya Islam yang ingin ditonjolkan ini. Ahli Parlimen Shah Alam semestinya seorang yang bersifat kosmopolitan tetapi Islamik, mampu menzahirkan keadilan dan sikap inklusif Islam, membela kepentingan seluruh warga Shah Alam tanpa mengira latarbelakang bangsa atau agama dan berusaha memajukan Shah Alam sebagai Bandar raya yang tersusun lagi terancang. Maka bagi memenuhi peranannya sebagai Ahli Parlimen yang Islamik dan kosmopolitan ini, Ahli Parlimen Shah Alam ini sewajarnya memiliki wawasan yang kedepan, memilikki kemampuan untuk memahami dan menangani isu-isu semasa serta dalam masa yang sama berkemampuan juga untuk memberi tazkirah, kuliyyah dan khutbah.
Selama ini saya berusaha dengan keupayaan terhad yang dikurniakan Allah untuk memainkan peranan dan memenuhi kriteria yang sebegini, selaras dengan imej dan identiti Shah Alam itu sendiri. Sambil berusaha untuk membawa perbahasan yang bernas berhubung isu-isu nasional di Parlimen, saya juga berusaha untuk menghayati dan menzahirkan sifat adil dan inklusif Islam dalam hubungan saya dengan warga Shah Alam yang berbilang kaum. Termasuk dalam soal menzahirkan keadilan Islam adalah persoalan pengiktirafan hak bukan Islam untuk diberi tempat peribadatan seperti kuil untuk orang-orang yang beragama Hindu. Fahaman seperti yang dizahirkan sebahagian ummat Islam di Shah Alam dalam persoalan ini yang menganggap Islam itu sempit dan zalim, menindas dan mengongkong perlu diperbetulkan dan ke arah ini, maka pendirian yang berasaskan kefahaman terhadap Islam yang tepat dan mantap amat diperlukan.
Pada masa yang sama, sambil memperjuangkan kefahaman Islam yang lebih tepat dan bebas dari prejudis perkauman, saya turut berusaha membangkitkan kesedaran Islam di kalangan warga Islam Shah Alam melalui tazkirah, kuliyyah dan khutbah. Adalah menjadi harapan saya supaya ummat Islam, khususnya di kalangan muda mudi akan memahami bahawa penghayatan Islam secara serius tidak menjadi penghalang kepada seseorang untuk menceburkan dirinya di dalam arus perdana pembangunan dan pembentukan masyarakat. Penghayatan Islam tidak akan menjadikan seseorang itu tidak relevan kepada masyarakat tetapi sebaliknya akan meletakkan dirinya dalam keterlibatan yang teramat penting di dalam masyarakat sepenuhnya.
Saya merasakan peranan sebegini amat bersesuaian dengan jawatan sebagai Ahli Parlimen Shah Alam. Maka itulah sebabnya saya telah hadir ke temuduga di JAIS untuk mendapatkan tauliah pada tahun lepas dan Alhamdulillah saya telah pun berjaya untuk mendapat tauliah berkenaan.
Malangnya, kejayaan saya dalam temuduga tersebut ingin dinafikan melalui bermacam-macam alasan oleh golongan yang berkepentingan. Pada awalnya dikatakan saya memilikki 'rekod jenayah' tetapi apabila ditanya apakah jenayah yang telah dilakukan, saya diberitahu ianya tidak boleh dimaklumkan! Kemudian alasan tersebut bertukar menjadi 'khutbah yang tidak mantap' dan apabila ditanya apa yang tidak mantapnya, sekali lagi sunyi sepi. Sekiranya benar ada yang tidak mantap, adalah diharapkan saya diberitahu di mana dan apa supaya dapat saya perbetulkan dan dengan itu memantapkan penyampaian saya. Ketiadaan jawapan dan respon meyakinkan saya bahawa ia hanyalah sekadar alasan.
Pada akhirnya alasan ‘tiadanya latar belakang pendidikan agama secara rasmi’ pula diberikan. Hakikatnya, sekiranya saya tidak berkemampuan, sudah pasti saya telah gagal semasa sesi temu duga JAIS sejak awal-awal lagi. Memang benar saya tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama secara rasmi, namun ia tidak bererti saya tidak mampu bercakap berhubung agama yang dianuti dan diyakini diri saya selama ini. Bukannya saya ingin mengeluarkan fatwa, tetapi hanya sekadar saling ingat mengingati dan nasihat menasihati di antara satu sama lain.
Lagipun, sekiranya saya tidak berkemampuan, sudah pasti tiada surau dan Masjid yang akan menjemput saya dan dengan sendirinya persoalan ini akan berakhir.
Masalahnya JAIS masih berpegang kepada wawasan dan mindset lama. ‘Pemimpin politik tidak boleh bercakap pasal agama’ dan Ahli Parlimen yang berkhutbah serta memberi tazkirah adalah satu perkara yang tidak dapat diselarikan dalam pemikiran sekular mereka. Pemikiran sekular Pengarah JAIS sendiri menyebabkan beliau jauh lebih tidak layak memegang jawatan berkenaan. Tanpa adanya latar belakang pendidikan agama dan tanpa keterlibatan dalam usaha kebangkitan Islam, beliau adalah punca segala masalah ini. Bagaimanakah seorang yang tidak berpendidikan agama mampu mentadbir badan agama yang terdapat di bawah beliau pegawai-pegawai lulusan keagamaan?
Disebabkan kejahilan ini maka beliau tidak mampu memahami tuntutan agama supaya seseorang pemimpin bukan sekadar memberi kepimpinan dalam persoalan keduniaan tetapi juga dalam aspek keagamaan. Kedua-dua aspek kehidupan ini, iaitu dunia dan akhirat, tidak mungkin dipisahkan di dalam Islam dan pemisahan yang sebeginilah yang menjadi punca permasalahan dunia Islam selama ini. Orang-orang yang berpemikiran sekular sebegini sudah lama sepatutnya ditukarkan bagi membuka jalan perubahan ke arah 'Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafuur', negara yang baik dan diampuni serta diredhai Tuhan.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

No comments
Post a Comment