Kelantan harap kerjasama NGO bantu mangsa banjir
Ramli Yamat
KOTA BHARU, 26 Nov: Kerajaan Kelantan berharap mendapat kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pelbagai pihak boleh menggunakan peluang tersebut untuk bersama dengan kerajaan negeri membantu mangsa-mangsa banjir sama ada melalui sumbangan keringat atau bantuan lain.
"Dengan gandingan semua pihak masalah yang dihadapi mangsa banjir dapat ditangani segera," katanya pada temubual bersama radio Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.
Radio tersebut yang menggunakan sistem pembesar suara yang dipasang di kawasan pusat bandar bagi menghebahkan sesuatu kepada warga bandar.
Banjir pusingan kedua melanda Kelantan sekarang. Beberapa kawasan agak teruk terjejas termasuk Kuala Krai, Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat.
Bagaimanapun hari ini cuaca agak panas dan ramai mangsa banjir sudah pulang ke rumah mereka.
Ahmad juga berharap ibu bapa mengambil berat keselamatan anak-anak kerana mereka suka bermain air yang dikhuatiri boleh membawa sesuatu musibah.
Beliau juga berkata, mangsa-mangsa banjir yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan perlu memperbanyakkan ibadat kepada Allah dengan bersolat, zikir atau membaca al-Quran ketika waktu terluang.
Radio MPKB-BRI menyediakan slot khas bagi menemubual pemimpin kerajaan negeri bermula sejak 2006.

No comments
Post a Comment