MB Hadir Pada Majlis 10 Tahun Malaysiakini.com
SHAH ALAM, 29 NOV - Kewujudan laman berita sesawang hari ini dilihat sebagai saluran medium penting dalam penerbitan berita secara online dan mempunyai catatan pembaca tertinggi.
Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim semalam berkesempatan meraikan majlis ulang tahun ke sepuluh penubuhan lawan web berita Malaysiakini.com.
Menurut Khalid, laman berita sesawang itu dilihat telah mencapai kejayaan sehingga ke hari ini dengan menerbitkan berita-berita yang telus dan terkini.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Malaysiakini , setelah sepuluh tahun mereka wujud dan menjalankan satu media yang terkini dari segi saluranya yang mana lahir hasil dari internet dan juga telah mencapai satu peringkat yang mana lebih sejuta masyarakat telah melayari lawan web sesawang itu,”katanya.
Khalid ditemui dalam majlis makan malam ulang tahun ke sepuluh Malaysiakini.com, di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, semalam.
Katanya, berita secara online kini telah menjadi tarikan pembaca kerana lebih mudah, jimat dan pantas.
Turut hadir Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Janice Lee.(ShakiraBuang-TvSelangor)

No comments
Post a Comment