Keyakinan rakyat pada SPR hilang - Nizar
IPOH, 26 Nov. : Keputusan SPR membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung DUN Kota Seputih memberikan persepsi yang amat buruk terhadap kredibiliti dan ketelusan suruhanjaya tersebut terhadap pandangan rakyat.
Ini sekali gus menghilangkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal pilihanraya di negara ini.
"SPR seharusnya tidak perlu campu tangan dalam memastikan sesuatu DUN itu kosong atau tidak dan hanya perlu menjalankan tugasnya yang sebenar sahaja. Hak Speker dalam menentukan kekosongan sesuatu kawasan adalah jelas dan tidak perlu diusik oleh mana-mana pihak pun," kata Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dalam perbualan dengan wartawan Erapakatan.
Beliau yang juga ADUN Pasir Panjang menganggap SPR sudah melampaui batas tugas dengan membuat keputusan sendiri." SPR jelas ingin mempertahankan keputusan yang telah dibuat sehingga sanggup bertindak diluar bidang mereka sendiri. Tiada peruntukan langsung dalam undang-undang mengenai kuasa SPR untuk menentukan kosong atau tidak sesuatu kawasan DUN kerana semua itu dibawah kuasa Speaker," jelas Nizar.Nizar menyerahkan kepada rakyat sepenuhnya untuk menilai sendiri tindakan SPR yang sememangnya mmelangkah keluar dari bidang tugas mereka yang sebenar."Rakyat sendiri berhak dalam menilai perkara ini. Terpulang kepada mereka untuk menentukan SPR adalah sebuah suruhanjaya yang berwibawa atau tidak," tegas Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.Menurut Nizar, SPR bertindak demikian seolah-olah ada kuasa-kuasa luar mengarahkan tindakan tersebut."Ini tidak menghairankan kerana selepas cubaan merampas Perak secara haram dilaksanakan semua agensi-agensi kerajaan terutamanya polis, SPRM dan SPR telah di perkuda sepenuhnya oleh Umno/BN untuk membantu kerajaan memberi tekanan pada pembangkang," ujar beliau.Pada16 November lalu, Mahkamah Tinggi Persekutuan memutuskan kerusi DUN Kota Seputih kosong kerana penyandangnya Datuk Abu Hassan Sharif daripada BN gagal menghadiri dua mesyuarat dewan itu berturut-turut tanpa mendapat cuti. Mahkamah membuat keputusan itu ekoran tindakan Speaker DUN memfailkan semakan perundangan setelah SPR menerima sijil sakit Abu Hassan dan mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan dan beliau masih mewakili kerusi itu.Kemudian pada 23 November lalu, SPR mengemukan rayuan. Semalam mahkamah rayuan memutuskan untuk membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.EraPakatan

No comments
Post a Comment