Editor SK dipanggil beri keterangan

Oeh Fazallah Pit

Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib akan memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabtu lalu.

Dzulkarnain akan berbuat demikian pada Rabu ini kira-kira jam 1 pagi selepas membuat panggilan balas kepada seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

“Saya sedia memberi kerjasama bagi membantu siasatan kes itu dan hadir bagi memberi keterangan,” katanya kepada freemalaysiatoday.Sabtu lalu, dua laporan dibuat SPRM terhadap akhbar rasmi KEADILAN dan pakar pathologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berikutan laporan bertajuk ‘Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh pada 29 Disember lalu.

Laporan dibuat dua pegawai SPRM Putrajaya, Raub Ghani dan Hisyam Mohd Yusoff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira jam 10.30 pagi.

Artikel itu menyatakan laporan forensik oleh Dr Pornthip selepas bedah siasat kedua terhadap mayat Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, di Hospital Sungai Buloh, menyimpulkan lelaki itu mati dibunuh.

Mereka membuat laporan terhadap Dr Pornthip kerana mengesyaki pakar itu membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya dan disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan.

Mereka menyifatkan perbuatan itu satu tindakan subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih berjalan.

No comments

Powered by Blogger.