Togo tarik diri dari Piala Negara-Negara Afrika

CABINDA, Angola: Togo menarik diri dari kejohanan bolasepak Piala Negara-Negara Afrika di Angola, hanya beberapa jam sebelum pertandingan dibuka secara rasmi, semalam.

Walaupun skuad Togo sebelum itu berkeras untuk tetap bersaing, namun mereka terpaksa akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan mereka.

Tindakan tersebut dibuat berikutan serangan puak pemisah kelmarin, yang menyebabkan tiga orang terbunuh – dua daripadanyabadalah anggota pasukan Togo.

Ketua pasukan Togo, Emmanuel Adebayor memberitahu radio Togo, Ecclesia, walau pun mahu berada di Angola, namun sebagai rakyat Togo, mereka menghormati keputusan yang dibuat oleh kerajaan.000_Par2977212

“Kami adalah anak-anak Togo dan kami menghormati keputusan kerajaan kami. Kami faham sepenuhnya mengapa mereka mengambil keputusan ini, ia disebabkan tiada jaminan keselamatan yang diberikan kepada kami,” kata Adebayor.

Perdana Menteri Togo, Gilbert Houngbo ketika di Lome, ibu negara Togo berkata, “Angola dan Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) tidak mengambil langkah yang dapat menjamin keselamatan pemain-pemain Togo.”

Houngbo menambah, pesawat presiden sudah berada di Angola untuk menjemput pemain-pemain pulang ke tanah air. – AP

No comments

Powered by Blogger.