Saya tetap bersama KEADILAN – Syed Husin

PETALING JAYA: Senator Dr Syed Husin Ali, (gambar) menafikan beliau akan meletak jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan berkata, beliau hanya akan berhenti jika perlu.

Beliau menafikan laporan media baru online yang membuat spekulasi beliau telah meletak jawatan itu, berkuatkuasa serta merta.

“Jika saya hendak berhenti, saya melakukannya kerana hendak memberi peluang kepada ahli-ahli yang lebih muda,” katanya merujuk kepada pindaaan perlembagaan parti itu, yang membenarkan pemilihan terus melibatkan ahli-ahli peringkat bawahan.

Pindaan-pindaan ini membuka ruang lebih luas kepada pemimpin-pemimpin muda. Pilihan raya KEADILAN yang dijadualkan pada pertengahan tahun ini memberi peluang kemunculan muka-muka baru menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Syed Husin, 73, bekas presiden Parti Rakyat Malaysia dilantik sebagai Timbalan Presiden KEADILAN apabila kedua-dua parti itu bergabong.

Dalam bulan Mei 2007, beliau mengekalkan jawatannya setelah menang tanpa bertanding apabila Naib Presiden KEADILAN Mohd Azmin Ali menarik diri dari bertanding.

No comments

Powered by Blogger.