12 Tahun Anwar Diserang

Sudah mencecah 12 tahun – ia masih berlegar dalam gelanggang Anwar Ibrahim. Senario politik bergolak – UMNO dan Barisan Nasional tercabar, semuanya gara-gara Anwar Ibrahim. Bermula dengan pemecatan dalam UMNO – tuduhan liwat ke atas Azizan Abu Bakar – rasuah – gerakan reformasi – Media Alternatif - Agen Amerika - Tsunami politik BN - pengkhianat Melayu – tuduhan meliwat Saiful, semuanya berlegar sekitar Anwar Ibrahim. Suatu nama yang menjadi kegerunan lawan – dan menjadi sandaran bagi kumpulan lain, parti-parti politik lain yang tidak menyokong kerajaan memerintah untuk mendapat loncatan politik.

Senario politik hari ini menyaksikan nama ini semakin di heboh dan semakin diperbesarkan – semakin menjadi cabaran kepada UMNO dan BN bila mana Anwar Ibrahim terus di hambat dengan tuduhan – tuduhan yang pelbagai. Semakin kuat hambatan – semakin banyak serangan semakin besar nama Anwar Ibrahim. Nama ini berkembangan bukan sahaja di Malaysia – malah dunia turut mengikuti kisah – kisah Anwar Ibrahim. Anwar patut berterima kasih kepada semua pihak – khususnya yang terlibat dalam politik – kerana namanya menjadi besar lebih besar dari waktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri hatta lebih besar dari nama Perdana Menteri. Malah nama-mana Sultan dan Yang di Pertuan Agung tidak sebesar nama Anwar Ibrahim.

Meneliti apa yang ada hari ini – perkembangan laman-laman web dan media alternatif, baik yang menyokong kerajaan dan yang tidak, nama Anwar Ibrahim amat popular. Hari ini – laman –laman penyokong UMNO sendiri akan menjadi sensasi dengan tulisan dan artikel mengenai Anwar Ibrahim. Lagi di hentak – dengan berbagai-bagai tuduhan, Anwar bangkit dan terus mendapat sambutan. Semakin di hina – di pamerkan YOU TUBE mengenai skandalnya – mengatakan beliau peliwat – manusia dua alam – semakin bercambah namanya – semakin popular dirinya – semakin banyak hujah dari dirinya.

Adakah pendekatan UMNO/BN terhadap Anwar Ibrahim salah – silap dan tidak tepat. Adakah UMNO/BN diajak bermain dalam gelanggang Anwar Ibrahim lantas menyumbang kepada populariti beliau atau sememangnya Anwar Ibrahim adalah pemimpin revolusioner ulung dalam negara ini?

12 tahun senario politik kita berkisar pada satu nama – Anwar Ibrahim. Dari tarikh mula Anwar Ibrahim di pecat – sudah 3 Perdana Menteri dilalui – Anwar Ibrahim masih menjadi topik utama. Zaman Mahathir – Zaman Pak Lah – Zaman Najib Tun Razak – politik seakan tidak hidup tanpa nama Anwar Ibrahim – sama ada di puji mahupun di keji. Hari ini politik negara kita bergolak hebat. UMNO dan BN terperanjat pada PRU 12 bila nama Anwar Ibrahim menjadi bahan kempen yang mengikat kejayaan buat Pakatan Rakyat. Hari ini juga politik berubah – kalau dahulu UMNO jarang mengadakan ceramah kini sudah mula dengan ceramah – kalau dahulu UMNO dan BN tidak hirau dengan media Internet hari ini mereka berlumba-lumba buka blog dan face book. Namun adalah ini sudah menunjukkan kejayaan atau hanya melihat UMNO dan BN terus terperangkap dalam gelanggang permainan Anwar Ibrahim. Adakah UMNO khususnya terus terikut dengan rentak permainan Anwar Ibrahim – khususnya media alternatif yang semakin di terima.

Sehingga kini – UMNO masih lagi tercari-cari langkah. Semakin kuat serangan ke atas Anwar – semakin kuat pula beliau. Semakin diserang oleh laman web semakin menjadi-jadi politik mereka. Apa sebenarnya yang berlaku – cara mana UMNO dan BN mahu lakukan untuk menunjukkan bahawa UMNO dan BN mengutamakan rakyat. Apa sebenarnya yang perlu dilakukan untuk mengembalikan sokongan kaum lain ke atas BN dan sokongan kaum Melayu kepada UMNO. Apa salah UMNO dan BN dalam mengatur strategi politik? Adakah UMNO sedar bahawa mereka masih lagi berdepan dengan keparahan. UMNO perlu lihat semula – kaji semula kenapa mereka hampir di tewaskan – satu keputusan yang amat mengejutkan dan tidak pernah di terima UMNO. Apa lagi bentuk perubahan yang perlu dilakukan atau sememangnya Anwar adalah nama besar – yang telah berjaya menjadi ikon revolusioner untuk anak-anak muda hari ini di samping menjadi pemimpin yang dipandang oleh bangsa lain sungguhpun Najib bersungguh-sungguh dengan program 1 Malaysia. Kita bincangkan bersama.

UMNO-REFORM.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.