Ahli Parlimen Nibong Tebal Keluar PKR

Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.

Dengan perkembangan ini beliau menjadi wakil rakyat kedua keluar parti itu.

Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim berbuat demikian dua minggu lalu.

Tan mengumumkan pada sidang media di sini.

Perkembangan ini tidak mengejutkan kerana Tan Tee Beng dilihat telah berada bersama pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sewaktu sambutan Tahun Baru Cina pada 15 Februari lalu.

Antara yang hadir Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan; Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi MIC negeri, Datuk P.K. Subbaiyah.

Selain itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim; Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Pemuda MCA, Eng Hiap Boon dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan juga hadir.

Wakil-wakil pakatan pembangkang yang kelihatan ialah Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Ahli Parlimen Nibong Tebal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Tee Beng. - Utusan Malaysia 16.02.2010

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.