Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri ditahan

Wan Zulkifli Wan Yaacob

KOTA BHARU 25 Mac – Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan polis di rumahnya di Taman Seri Aman, Kubang Kerian di sini malam ini.

Beliau yang ditahan pada pukul 8.40 malam kemudian dibawa dengan kenderaan polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Penahanannya dipercayai mempunyai kaitan dengan penglibatannya sebagai `Setiausaha Sulit’ Sultan yang telah membuat pengumuman rasmi pagi ini dengan mendakwa Sultan Kelantan telah menitahkan pemecatan pemangku raja.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.