Takziah Buat Keluarga Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad

Saya menerima khabar sedih kembalinya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Selangor ke sisi Allah SWT hari ini. Pemergian beliau, seorang sahabat dan rakan seperjuangan, pastinya amat dirasai. Persahabatan kami bermula tatkala di Universiti Malaya lagi.

Kami bersama-sama bergiat dalam PBMUM memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Allahyarham merupakan sosok sederhana dan murah dengan senyuman. Namun ketegasan menentang kezaliman membuatkan beliau memilih wadah Keadilan. Ketika Allahyarham diberitakan sakit, saya dan Azizah berkesempatan mengunjungi beliau dan berharap agar cepat sembuh untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Saya dan Azizah merakamkan ucapan takziah buat keluarga beliau dan tetaplah bersabar menerima ujian Allah SWT. Marilah kita memanjatkan doa moga ruh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Al Fatihah.

ANWAR IBRAHIM

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.