Benjy dituduh miliki syabu
KUALA LUMPUR: Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 31, hari ini didakwa memiliki dadah jenis methamphetamin juga dikenali "syabu" di Mahkamah Majistret di sini.
anak lelaki seniwati Azean Irdawaty itu, yang sebelum ini ditahan kerana disyaki mengedar dadah, mengaku tidak bersalah memiliki 0.24 gram dadah itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac lALU.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Benjy yang berada dalam kandang tertuduh, kelihatan tenang dan sempat tersenyum ke arah ibunya, yang berada di mahkamah sejak pagi.
Majistret Hafiza Saini membenarkan Benjy diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 April untuk sebutan kes itu. - Bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment