Ezam di buru Nazree

Email di terima oleh www.umno-reform2.com – Ezam nak lari mana, Nazree kejar dia. Email itu di terima sekali dengan satu gambar yang di percayai ceramah PR di AU5 Keramat – di mana Ezam pernah berceramah di situ baru-baru ini. Bagi mendapatkan maklumat terperinci www.umno-reform2.com telah menghubungi rakan yang turut ada sewaktu ceramah tersebut di adakan. Menurutnya, anak didik Ezam Mohd Nor – dengan gaya ala Anwar/Ezam telah menghentam Ezam khususnya dalam isu Ezam mempertikaikan Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim. Menurut sumber lagi Nazree, mantan Pengerusi Gerak yang telah di lantik oleh Ezam Mohd Nor telah mendesak Ezam untuk menyatakan dengan jelas bahawa dia – Ezam Mohd Nor percaya bahawa Anwar seorang peliwat dan jangan asyik hadir dengan komen bahawa Anwar Ibrahim rendah moral dan sebagainya.

Nazree dikatakan akan menjadi bayang-bayang yang akan terus hadir di pentas ceramah bagi mematahkan isu-isu yang dibawa oleh Ezam Mohd Nor. Setakat ini kami difahamkan bahawa isu yang di bawa oleh Nazree adalah isu Ezam dan tindakan Nazree ini dikatakan untuk menunjukkan kepada penyokong PR bahawa beliau bukan lagi orang Ezam. Apa pun di beritakan kehadiran Nazree sedikit sebanyak akan mengganggu-gugat Ezam Mohd Nor memandang Nazree adalah anak didik beliau.

http://umno-reform2.com/front/


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.