Hentikan Serangan Media, Diskriminasi Terhadap PR

KUALA LUMPUR 16 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak segera menghentikan serangan media dan kempen memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya ikhlas mahu mengikut teladan yang disarankan Yang DiPertuan Agong agar semua pihak bekerjasama dalam semangat perpaduan yang merentasi fahamam politik.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dalam kenyataannya hari ini berkata serangan media dan kempen negatif terhadap Ketua Pembangkang datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat serta Ketua Menteri Lim Guan Eng mesti dihentikan.

Desakan ini antara lima langkah segera yang dicadangkan Dr Lee kepada kerajaan agar memberi tumpuan kepada usaha pemulihan ekonomi dan menangani masalah sosial yang semakin memingkat.

"Kerajaan juga mesti memberi layanan saksama kepada semua negeri Pakatan Rakyat, Selanor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang termasuk mengembalikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

"Hentikan diskriminasi terhadap Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan menyalurkan hak yang sama berhubung peruntukan pembangunan demi kebajikan rakyat.

"Kerajaan juga harus menghormati prinsip demokrasi dengan mengembalikan mandat kepada rakyat melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak," kata beliau.

Dr Lee juga mendesak agar pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi melakukan tindakan intimidasi bermotifkan politik terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau berkata langkah yang disarankan mampu menjadi titik tolak kepada kerjasama bi-partisan untuk kebaikan rakyat dalam jangka masa panjang.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.